Perak Hari Ini

Peranan Polis Bantuan Penting, Sebahagian Daripada PDRM

IPOH:Kewujudan polis bantuan menerusi sektor korporat dan swasta, merupakan satu sokongan kepada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mencegah kejadian jenayah daripada berlaku.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata tugas golongan berkenaan merupakan sebahagian daripada Polis Diraja Malaysia PDRM yang berkhdimat dengan agensi masing-masing.

Menurutnya, terdapat 28 agensi yang menggunakan perkhidmatan Polis Bantuan, dengan penyediaan sebanyak 2,323 jawatan di negeri ini mengikut kekosongan.

Malah setakat ini hari ini kekuatan sebanyak 1,352 anggota Polis Bantuan di seluruh negeri Perak telah menjalankan tugas di peringkat agensi terlibat selain membantu Polis melaksanakan tugas kepolisan di lokasi yang melibatkan kawasan agensi masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminudin Hashim

“Pengendalian Polis Bantuan pastinya akan ada pelbagai masalah dan pembaharuan perlu dilaksanakan berikutan itu perjumpaan perlu dilakukan setiap tahun,” katanya selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Dan Sesi Dialog Ketua Polis Perak Bersama Polis Bantuan Kontinjen Perak anjuran Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) di sini hari ini.

Katanya lagi, peranan Polis Bantuan secara tidak langsung dapat meringankan sedikit tugas yang digalas oleh pihak PDRM, malah di Perak sendiri beberapa kes berjaya dilaporkan hasil tangkapan pihak Polis Bantuan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminudin Hashim tidak dinafikan peranan Polis Bantuan terutama dalam pengurusan keselamatan agensi itu sangat besar terutama berkaitan dengan pengurusan pasir negeri.

“Sebahagian besar peranan yang dimainkan oleh Polis Bantuan dengan mendapatkan maklumat, mengawal kawasan dan opertor pasir lebih memberi kerjasama sekiranya mendapati adanya mereka memantau di kawasan pasir itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");