Jenayah

Perjuangan PPIM Berbaloi: ‘Datuk Kabi’ Dipenjara 3 Tahun

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, dua sebatan dan denda RM10,000 terhadap seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Kabi’ selepas didapati bersalah menipu seorang lelaki berkaitan urusan jual beli kereta mewah berjumlah RM85,000 tiga tahun lalu.

Majistret Rahni Kartini Abd Rahim membuat keputusan itu terhadap C Kamaleshwaran, 38, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal bayar denda.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam, K Thiru supaya anak guamnya dibenarkan ikat jamin dan menangguhkan hukuman penjara dan sebat, sementara menunggu rayuan.

Sementara itu, jumlah jaminan RM3,000 juga dinaikkan kepada RM8,000.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Kamaleshwaran didakwa menipu Noor Azman Saat, 50, dalam urusan jual beli kereta Mercedes Benz E200K dengan membayar sekeping cek bernilai RM85,000 yang tidak dapat ditunaikan.

Perbuatan itu mendorong mangsa menyerahkan kereta miliknya kepada tertuduh di Villa Seren Kiara 6, Sri Hartamas, pada 25 hingga 29 Oktober 2014.

Melalui rayuannya, Thiru memohon anak guamnya dikenakan bon berkelakuan baik dengan alasan mempunyai tiga anak masih kecil dan perlu menjaga ibu sakit.

“Tertuduh adalah ahli perniagaan dan mempunyai 300 kakitangan yang bergantung kepadanya, selain turut menghidap penyakit kencing manis,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman penjara berbentuk pencegahan sebagai pengajaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");