Perak Hari Ini

Peruntukan Bina Semula Pasar Awam Di Ipoh Ditarik Semula Kerana Sikap Pembangkang

IPOH:Pihak pembangkang disifatkan sengaja melupakan senario yang berlaku semasa cadangan awal bagi memperbaiki dan membina semula pasar awam sekitar Bandaraya Ipoh.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir berkata pihak kementerian pada tahun 2010 telah bersetuju bagi menyediakan peruntukan memperbaiki dan membina semula lima pasar awam di Bandaraya Ipoh pada tahun 2010 namun ia telah ditentang hebat daripada pihak pembangkang.

“Pada tahun 2010, terdapat senarai awal melibatkan lima pasar awam iaitu, pasar Gunung Rapat, Kampung Simee, Pasir Pinji, Jelapang, Jalan Pasir Seputeh, dan Buntong yang dirancang melibatkan peruntukan RM33.8 juta.

“Ia melibatkan peruntukan pasar Gunung Rapat ketika itu peruntukan RM5.8 juta, manakala cadangan senarai awal pasar awam Kampung Simee,RM5.5 juta dan Pasir Pinji RM5.7 juta dan Pasar Jelapang RM5.8 juta, Pasir Seputeh RM5.5 juta, Buntong RM5.8 pada tahun 2010 dalam rancangan untuk dibina semula malah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada ketika itu telah bersetuju.

“Malah kita mengadakan proses rundingan dan memulakan sendiri dengan turun ke pasar Gunung Rapat yang bermatlamat memberi keselesaan kepada rakyat, dan memastikan pasar awam dalam keadaan baik,” katanya menjawab mengenai kekecohan yang berlaku pada sesi persidangan dewan undangan negeri hari ini.

Jelasnya lagi, pihak kerajaan negeri ketika itu tampil dengan konsep terbaik bagaimanapun usaha itu dibantah dengan siri demonstrasi daripada pihak yang enggan malah rakyat ketika itu yakin dengan pihak sebelah sana (pembangkang) hingga rancangan itu ditarik semula.

“Apa guna meneruskannya apabila dah orang berdemonstrasi malah rakyat enggan jadi ia ditarik balik bagaimanapun kita dapat membuat sebahagiannya iaitu pasar tani Tanjung Rambutan kerana tiada bantahan diterima.

“Namun jawapan itu mereka tidak boleh terima, niat ketika itu adalah niat yang baik adalah untuk memberi imej baru kepada pasar awam dalam bandaraya Ipoh.

“Saya harap rakyat faham mengenai,mereka menegaskan jangan ungkit perkara lama, jika mereka ingin semula berbincang kita boleh berbincang namun memerlukan langkah permulaan semula bagi mendapatkan peruntukan,” katanya.

Tambahnya lagi pelbagai sesi perbicangan diaturkan pada ketika itu namun ia tidak diendahkan.

“Saya selalu ingatkan Majlis Bandaraya Ipoh, jangan buat pasar awam yang tidak akan digunakan orang ramai,jadi kita berbincang dengan semua pihak dan merancang untuk jangka masa panjang namun jika situasi sekarang kita perlu mengusahakan tindakan semula untuk mendapatkan peruntukan daripada pihak kementerian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");