Berita Hari Ini

‘Pilih Nama Jalan, Perumahan Sesuai Dengan Sejarah’

JELEBU:Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang ingin menukar nama jalan dan taman perumahan diingatkan supaya memilih nama yang mempunyai kaitan dengan sejarah kawasan tersebut.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, pihak PBT perlu berhati-hati dan tidak meletakkan nama dengan sewenang-wenangnya sehingga melupakan asal usul kawasan terbabit.

“Kita mesti masukkan dalam pemikiran PBT, apabila ditukar nama jalan kepada nama orang putih ini, jaga-jagalah sikit. Carilah punca tempatan yang elok.

“Janganlah dialih nama taman perumahan terus menjadi ‘England Heights’, janganlah dialih nama jalan dahulu kepada nama yang baharu,” katanya, seperti dilaporkan Utusan Online.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Program Bicara Pensejarahan Jelebu : Antara Mitos dan Realiti di Dewan Wisma Budi di Kuala Klawang di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Muzium Negara, Azmi Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");