Perak Hari Ini

Polis Tingkat Pantauan Keselamatan Sempena Sambutan Merdeka

IPOH:Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa meningkatkan pemerhatian dan pantauan dalam memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan melakukan jenayah terutamanya menjelang sambutan bulan Kemerdekaan negara ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata ancaman kumpulan militan Daesh adalah benar daripada pelbagai kes yang ditangani oleh pihak PDRM sendiri.

Bagaimanapun katanya, pihak PDRM tidak mendapat ancaman terbuka daripada pihak tersebut namun hasil penyiasatan membuktikan bahawa ancaman IS sememangnya benar.

“Kita menasihati para pegawai Polis termasuk Polis Bantuan untuk sama-sama membantu agar ancaman Daesh tidak mengganggu hari kemerdekaan kita,” katanya.

Menurutnya Perak sendiri tidak dapat lari daripada ancaman tersebut bagaimanapun pihak PDRM setakat ini dapat mengawal penularannya malah kerjasama daripada semua pihak diperlukan bagi mengatasinya.

“Kita sentiasa membuat pemerhatian dan pemantauan terutama bagi memastikan menentukan hari kemerdekaan berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu jelasnya, sebanyak 18 orang dari negeri ini didapati terlibat dengan pelbagai jenayah termasuk ancaman militan Daesh.

“Kita sentiasa mencegah ancaman ini supaya hari merdeka negara kita tidak diganggu berikutan kumpulan militan ini kerap memilih lokasi terbuka termasuk lokasi keramaian untuk merancang serangan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");