Sukan Hari Ini

Ronaldo Berang Rayuan Ditolak

CRISTIANO Ronaldo menganggap layanan Persekutuan Bolasepak Sepanyol sebagai satu “penganiayaan” selepas rayuannya terhadap penggantungan lima perlawanan ditolak lewat malam tadi.

Pemain Terbaik Dunia itu terlepas aksi kedua Piala Super Sepanyol menentang Barcelona di Madrid semalam serta empat perlawanan pertama Madrid dalam kempen La Liga musim ini, lapor Harian Metro.

“Sukar untuk menangani situasi ini, 5 perlawanan!!” tulis Ronaldo kepada 108 juta pengikutnya di Instagram.

“Bagi saya ia keterlaluan dan tidak masuk akal, ini dipanggil penindasan!

“Terima kasih kepada rakan sepasukan kerana sokongan anda dan penyokong!!!”

Kapten Portugal itu dibuang padang secara kontroversi ketika Madrid menang aksi pertama Piala Super 3-1 di Nou Camp, Ahad lalu.

Ronaldo tampil dari bangku simpanan untuk membantu Madrid mendahului 2-1 namun kemudian dilayangkan kad kuning apabila menanggalkan jersinya ketika meraikan gol itu dan dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil Ricardo de Burgos Bengoetxea yang berasakan dia sengaja menjatuhkan diri untuk cuba mendapatkan sepakan penalti lapan minit sebelum tamat.

Selepas dilayangkan kad merah ke-10 sepanjang kariernya, Ronaldo kemudian dilihat menolak sedikit belakang pengadil itu.

Bos Madrid, Zinedine Zidane turut melahirkan kemarahannya dalam apa yang dipercayainya hukuman keterlaluan.

“Apabila anda lihat semua perkara yang berlaku, untuk memikirkan Cristiano tidak boleh bermain lima perlawanan bersama kami… ia menyebabkan anda terlalu marah,” kata Zidane semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");