Sukan Hari Ini

Rooney Julang Everton

LONDON: Wayne Rooney meraikan kepulangannya ke pangkuan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton dengan penuh gemilang apabila meledak gol kemenangan ketika aksi menentang Stoke City di Goodison Park, pada semalam.

Rooney yang mempamerkan aksi penuh bertenaga melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola silang hantaran Dominic Calvert-Lewin, pada penghujung aksi babak pertama (minit ke-45).

Bekas kapten England ini kembali bersama bekas kelab lamanya, Everton selepas 13 tahun berhijrah ke Manchester United.

Menurut BH Online, ketika aksi itu, Calvert-Lewin juga memiliki peluang untuk menjarakkan kedudukan 2-0, namun gagal menemui sasaran.

Penjaga gawang Everton, Jordan Pickford juga beraksi cemerlang apabila menyelamatkan rembatan jarak jauh oleh percubaan Xherdan Shaqiri yang memburu gol penyamaan untuk pasukan pelawat pada waktu kecederaan.

Everton akan bertandang ke laman Manchester City untuk perlawanan kedua pada 21 Ogos ini, manakala Stoke akan menanti kunjungan Arsenal pada aksi kedua yang dijadualkan pada 19 Ogos.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");