Perak Hari Ini

Semarakkan Semangat Patriotik Pelajar, Guru Jahit Bendera Malaysia Ketinggian Tiga Tingkat Bangunan

SUNGAI SIPUT: Bendera Jalur Gemilang lebih kurang setinggi tiga tingkat bangunan telah berjaya dinaikkan di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Wahab di sini, pada Rabu.

Pengetua, Roslan Muhammad berkata, bendera yang berukuran lebih kurang 27×8 meter itu disiapkan kira-kira 900 orang pelajar dan guru itu merupkan simbol perpaduan dan patrotik warga sekolah ini.

“Bendera ini telah dijahit sendiri oleh guru dan pelajar sekolah ini dan ia berjaya disiapkan lebih kurang dalam dua ke tiga minggu.

“Selain kita mahu ‘meletakkan’ SMK Datuk Haji Abdul Wahab ini dalam peta daerah Kuala Kangsar, kita juga mahu buktikan kepada semua bahawa warga sekolah ini juga mempunyai nilai perpaduan dan patrioktik yang tinggi” katanya.

Tambahnya, bendera ini disiapkan oleh pelajar ketika waktu subjek Sivik Dan Kewarganegaraan sedang berjalan supaya nilai sayangkan negara dan Jalur Gemilang itu dapat dipupuk dengan lebih mendalam.

Kos bendera yang dianggarkan sekitar RM2,000 ini melibatkan enam gulung kain, jenis ponji, yang mana setiap satu kain itu berukuran 50 meter.

Selain itu, Roslan juga berkata demi memelihara kain ini dari ancaman cuaca yang tidak menentu, ia hanya akan dinaikkan apabila keadaan baik, sepanjang bulan ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Dan Kemanusiaan 2017 peringkat  sekolah.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Mathylan Enterprise, Mathylan Fibre Tech Sdn. Bhd, Yogendirabalan, yang juga bekas pelajar, turut menyampaikan cek sumbangan kepada SMK Datuk Haji Abdul Wahab, bernilai RM3,000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");