Sukan Hari Ini

Sepak Takraw: Regu Berpasukan Terlepas Emas

Hajat skuad sepak takraw negara untuk menamatkan kemarau 26 tahun pingat emas dalam acara berpasukan lelaki Sukan SEA musnah selepas tewas di tangan Thailand 3-0 di Stadium Tertutup Titiwangsa, hari ini.

Malaysia yang mempunyai kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri, tewas bermula dengan regu utama, Syahir Rosdi, Hanafiah Dollah dan Farhan Adam, 21-15, 21-17.

Skuad negara sudah berada diambang kekalahan apabila regu kedua negara tumpas 21-10, 21-6, sebelum regu ketiga juga kalah mudah dengan 21-9, 21-8.

Untuk rekod, hanya empat pasukan yang mengambil bahagian dalam acara regu berpasukan iaitu Malaysia, Thailand, Brunei dan Indonesia, dengan menggunakan format liga satu pusingan.

Di Singapura dua tahun lalu, Malaysia terpaksa akur kepada Thailand apabila tewas pada perlawanan terakhir.

Kali terakhir Malaysia memenangi acara regu berpasukan lelaki adalah dalam Sukan SEA Manila 1991.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");