Jenayah

Serangan Barcelona: Siapa Younes Abouyaaqoub?

BARCELONA: Younes Abouyaaqoub, 22, suspek utama yang menyerang bandar Las Rambla, Barcelona ditembak mati selepas operasi pencarian polis selama empat hari.

Suspek telah melakukan serangan menggunakan van menyebabkan kematian 13 orang awam termasuk seorang kanak-kanak British berusia 7 tahun, Julian Cadman, Khamis lepas.

Berikut merupakan beberapa maklumat yang dapat dikenal pasti tentang suspek berkenaan:

1) Berusia 22 dan berasal dari Maghribi.

2) Surat khabar Sepanyol El Pais menyatakan ciri-ciri suspek yang berpakaian baju-T Polo bercorak belang, berkaca mata hitam melaui pasar La Boqueria, Barcelona.

3) Pihak berkuasa mempercayai Abouyaaqoub adalah suspek terakhir serangan Barcelona itu.

4) Suspek berambut hitam, dan berketinggian 5 kaki 11 inci dan mempunyai janggut.

5) Pihak berkuasa juga percaya suspek mempuanyai kaitan dengan imam yang menetap di Ripoll: Abdelbaki Es Satty.

6) Abouyaaqoub merupakan remaja normal sehinggalah berlaku perubahan pemikirannya.

Serangan yang berlaku pada Khamis lepas merupakan kejadian yang sangat menggemparkan dimana ia mengejutkan banyak negara di seluruh dunia dipetik dari laman portal Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");