Panasnya Hari Ini

SPR Nafi PRU Oktober Ini

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menegaskan bahawa dakwaan kemungkinan PRU 14 akan dilakukan pada Oktober ini adalah tidak benar sama sekali.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, dakwaan itu turut disifatkan akan mengelirukan masyarakat.

“SPR telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.

“Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR,” menerusi kenyataan media itu lagi.

SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi SPR.

Pengurusan Tertinggi SPR sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");