Perak Hari Ini

SPRM Perak Puji Pendekatan Program Permukiman MB, Cekap Bertindak

IPOH:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak memuji pendekatan kerajaan Negeri itu menerusi penganjuran program Permukiman Menteri Besar yang dilihat begitu cekap dan satu tindakan baik.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Nooraziah Abd Manaf berkata pendekatan tersebut terbukti mengurangkan pelbagai masalah dihadapi rakyat dan seeloknya diikuti oleh negeri lain.

“Saya hampir bertugas di seluruh negeri di Malaysia, keunikan Perak ini ialah komitmen Menteri Besar dan para exco serta ketua jabatan turun padang mencerminkan ketelusan itu apabila maklumbalas diperolehi cepat dan bertindak segera telah mengurangkan tomahan rakyat,” katanya.

Berikutan pendekatan pantas itu jelasnya, surat layang diterima pihaknya juga ternyata berkurang apabila semua pemimpin turun padang menyelesaikannya yang tidak dapat dilihat di negeri lain setakat ini.

Katanya lagi, program permukiman yang dijalankan sehingga kini telah membentuk organisasi setiap jabatan supaya bertindak lebih cekap dan memberi maklumbalas segera mengenai senario yang berlaku.

“Contohnya kejadian banjir ada negeri yang sehingga kini masalahnya masih belum selesai tetapi Perak segera mengatasinya dengan penubuhan pelbagai jawatankuasa khas.

“Bukan kerana bantuan khas ia sama sahaja yang diterima dari Kerajaan Persekutuan tetapi komitmen semua jabatan yang turun padang dan kedua sebelum terjadi pelbagai langkah awal tersedia ia adalah satu keunikan di Perak,” katanya.

Sementara itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut tidak menyangka pujian diberikan oleh pihak SPRM Perak mengenai program permukiman itu malah menyifatkan ia satu komen spontan.

“Saya tak sangka SPR memujinya dan menyifatkan tindakan spontan dan diharapkan program permukiman menjadi contoh di negeri lain,” katanya semasa menyampaikan ucapan Majlis penyampaian watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan penduduk (JPP) sesi 2017-2019 dan penganugerahan Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan 2016 Negeri Perak hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");