Perak Hari Ini

Stesen Bas Medan Kidd Ipoh Hingga Kini, Tetap ‘Legend’

Stesen Bas Medan Kidd Ipoh mungkin tidak perlu diceritakan panjang lebar lagi, apabila semua pastinya sedia maklum dengan keunikannya yang wujud sejak tahun 1938 di Hill Street dan dinamakan sebagai Kidd Road Station sempena nama pegawai British ketika itu.

Biarpun semakin dimamah usia malah dilihat kelihatan sedikit terpinggir di sebalik pembangunan Bandaraya Ipoh, namun stesen bas di Jalan Panglima Bukit Gantang ini menyimpan seribu satu sejarah yang berharga kepada negeri ini terutamanya buat penduduk Bandaraya Ipoh.

Stesen bas Medan Kidd satu ketika dulu merupakan nadi utama pengangukatan awam di Ipoh dan Negeri Perak apabila setiap warga negeri Perak pastinya pernah menjadi saksi kepada zaman kegemilangan stesen bas tersebut.

Pastinya akan ada kenangan pahit dan manis di sini seperti mungkin dikejar anjing liar ataupun kehadiran orang gila semasa menunggu ketibaan bas anda boleh kongsikan bersama kami?

Dereten bas ‘otai’ Red Buses & Green Buses (General Bus) menjadi identiti utama bagi hentian bas ini malah difahamkan menurut sumber My Perak History and Heritage, sekitar tahun 1960, muncul pelbagai syarikat baru seperti Ipoh Omnibus Co, Kinta Omnibus Co,General Omnibus and Reliance Co.

Anda tahu atau tidak? berhampiran hentian Medan Kidd ini terdapat satu terowong pejalan kaki pada tahun 80-an di seberang jalan raya tetapi ia telah dirobohkan apabila jambatan Medan Kidd dinaik taraf malah sehingga ke hari ini laluan itu masih wujud namun tidak boleh digunakan lagi.

Malah kebanyakan syarikat tersebut telah bergabung sebagai satu syarikat iaitu dikenali sebagai Perak Transit.

Wajah Medan Kidd Ipoh ‘Tetap SERUPA’

Biarpun keadaan masih lagi kelihatan seperti dulu, terdapatnya lagi dereten kerusi kayu usang untuk menunggu, namun kini anda dapat saksikan dereten bas Perak transit pelbagai warna yang cukup menarik serta mengekalkan perjalanan sekitar bandaraya Ipoh dan kawasan sekitarnya.

Biarpun Terminal Amanjaya sudah selesa dan megah beroperasi di Meru Raya, Medan Kidd tetap unggul sebagai bangunan legend di tengah Bandaraya  Ipoh.

Malah berhadapan dengan hentian Bas Medan Kidd kelihatan dereten pelbagai premis kedai yang diberi nama Baazar Medan Kidd yang memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan pelbagai barangan serta makanan.

Gerai Ipoh ipoh Aje!

Pernah tidak anda berkesempatan mencuba mee kari wantan dan mee kari dan salah satu kedai makan Kedai Ipoh-Ipoh Aje sebaris dereten bangunan kedai di sana? pastinya rasanya tidak mengecewakan anda malah ia sudah beroperasi sejak lapan tahun lalu.

Zaman pastinya berlalu, pastinya pembangunan turut sama terikut namun keunikan sejarah kadang kala perlu dikekalkan kerana ia adalah identiti kita, mungkin Medan Kidd memerlukan sedikit pembaharuan dari segi kemudahannya agar rakyat merasai kesenangan dan keselesaan selain usaha mengekalkan sejarahnya juga penting.

Apa Kata Orang Ramai?

Apabila ditanya dan bercakap mengenai Medan Kidd, pastinya akan ada yang tersenyum dek kerana terimbau kenangan manis atau lucu ketika pernah berada di stesen bas itu satu ketika dahulu.

Bagi salah seorang warga Ipoh yang dikenali Rokiah Zubir, Medan Kidd merupakan satu lokasi menyimpan kenangan manis buatnya apabila disitulah tempat dimana Rokiah bertemu suaminya buat pertama kalinya.

Malah Medan Kidd katanya diibaratkan lokasi yang mempunyai nilai sentimental tersendiri buat dirinya sehingga ke hari ini.

Sementara itu seorang lagi orang awam merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS) menjadikan lokasi Medan Kidd sebagai tempat melepak, menyifatkan stesen bas itu lokasi legend dan seram satu ketika dahulu apabila kelihatan geng ‘punk’ turut berkumpul berhampiran stesen tersebut.

Berikut kami sertakan antara kenangan-kenangan dikongsi orang ramai mengenai Medan Kidd yang membuktikan ia stesen bas yang Legend.

“Bas loncat2 tu ker? balik dari teknik KK tunggu bas situ pulak nak naik bas ke kampar..igt lg mule2 touch down situ.. pernah kene tipu dgn sorg pkcik tu…kami tny mana tmpt bas medan kit..die ckp medan kit kena jalan kaki jauh sikit…smbil tunjuk2 arah..padehal medan kit depan mate je…siot pakcik tu!!

Banyak juga “port” menarik untuk anda bergambar.

“Muhd Ajib once upon a time..tempat pegi dan balik sekolah ACS…hahaha..

“Ogy Gewdiq Bus medan kit ngn bas mogah sngkai xde beza..2 2 nk tertnggl pintu tngkap kerusi

“Empayar Hafizan Pdf Kedai spare part kereta yg murah.

“Shaarani Ismail tempat tunggu awek masa bercinta zaman remaja pubrbakala dulu.

“Ridauddin Daud Menunggu bas lantai berlubang datang dan bawa ke siputeh dengan dipandu seorang lelaki gemuk.

“Afiq Khairi Tndas dia ada gamat.

“Firzz Radzi Didatangi org luar yg dtg bt cerita sedih…hahahaha..tertinggal bas..ulang alik manjung-ipoh-bagan serai masa kerja kat lumut…

“Nur Fariza Fhasa Yahya kne pau dgn sorg prpmpuan dan acukan pisau.”

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");