Membawang Hari Ini

‘Suami Orang’ Bukan Pilihan Vida

USAHAWAN kosmetik popular dan penyanyi, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Vida tidak berminat dengan suami orang atau menjalani hidup bermadu jika dia ditakdirkan berkahwin semula.

Vida yang kini popular dengan single I Am Me berkata, selepas bercerai dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti atau berkahwin segera.

Dia juga menasihati wanita yang mempunyai suami tidak perlu takut atau berasa tercabar dengan dirinya, lapor Harian Metro.

“Suami orang bukan ciri lelaki pilihan saya. Jadi, kepada wanita yang mempunyai suami, jangan bimbang kerana saya takkan kacau suami anda. Kalau ditakdirkan saya hidup solo sekali pun, saya okay saja,” katanya.

Dalam pada itu, Vida turut sedih apabila dipandang serong segelintir masyarakat berikutan status ibu tunggal atau janda itu.

Dia juga kesal kerana turut digelar ‘gatal’ disebabkan personalitinya yang ceria itu.

“Sebelum ini saya banyak mendengar keluhan mereka yang berstatus ibu tunggal dipandang serong dan dilemparkan dengan kata-kata kesat. Apabila terjadi kepada diri sendiri, baru saya faham dilema dilalui mereka.

“Bagi saya, masyarakat tak patut menilai dan menjatuhkan hukum sebegitu. Apabila dipanggil ‘gatal’, memanglah saya akan terasa. Apa salah saya dengan mereka? Selama ini saya tak kacau orang pun dan saya hanya buat hal sendiri,” katanya.

Vida berkata, itu adalah sikap semula jadinya dan bukan dibuat-buat semata-mata untuk menarik perhatian.

“Hidup ini perlu ceria dan tidak boleh mengalah dengan masalah yang wujud,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");