Sukan Hari Ini

Sukan SEA: Diskaun Separuh Harga Pengangkutan Awam Ke Venue Pertandingan 

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Penganjuran Malaysia (MASOC) untuk Sukan SEA Kuala Lumpur menyarankan orang ramai yang akan hadir ke Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk menyaksikan upacara pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur agar menggunakan pengangkutan awam.
Saranan itu dibuat dengan mengambil kira penutupan jalan sepenuhnya dalam upacara pembukaan itu nanti.
Justeru, langkah alternatif untuk memudahkan penonton hadir ke stadium dengan cepat dan lancar ialah dengan menggunakan pengangkutan awam.
Menurut MASOC, syarikat pengendali Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Rapid KL dan Transit Aliran Massa (MRT) akan melanjutkan perkhidmatan masing-masing sehingga jam 1 pagi.
Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) juga akan mengumumkan waktu lanjutan perkhidmatan mereka dalam masa terdekat.
Sementara itu, perkhidmatan Rapid Rail menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk ke destinasi venue Sukan SEA sehingga 31 Ogos nanti, manakala sebanyak 18,000 petak meletak kenderaan di semua rangkaian perkhidmatan rel disediakan di sepanjang laluan ke Bukit Jalil.
Sukarelawan dan petugas media bakal menikmati perkhidmatan pengangkutan awam percuma sepanjang Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN nanti.
-STADIUM ASTRO 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");