Perak Hari Ini

Sultan Perak Hadir Majlis Anugerah Kecemerlangan MCKK

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Auditorium Tun Abdul Razak dekat sini pada Sabtu.

Pada majlis berkenaan Baginda berkenan menyampaikan beberapa anugerah kecemerlangan akademik termasuk kepada 40 penerima bagi pencapaian 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta 30 penerima bagi pencapaian 10A untuk Pentaksiran Tingkatan Tiga bagi tahun 2016.

Selain itu, turut disampaikan 12 kategori anugerah khas antaranya Anugerah Kepimpinan, Anugerah Khas MCOBA, Anugerah Hasanal Bolkiah dan Anugerah Carey.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta pengetua MCKK, Anand Baharuddin.

Dalam pada itu, sembilan orang guru panitia subjek Bahasa Inggeris dan Fizik  turut menerima anugerah bagi kategori Panitia Cemerlang.

Pada masa sama, 14 tenaga pengajar dari program Diploma International Baccalaurate (IB) MCKK juga menerima penghargaan kecemerlangan perkhidmatan.


Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan dari Wind Orkestra dan iPad Mini Okestra MCKK.

Selepas majlis tamat, Baginda berkenan mengunjungi pameran hasil pencapaian dan inovasi pelajar di lobi dewan khususnya dalam bidang robotik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");