Membawang Hari Ini

Syafiq Tak ‘Caras’ Periuk Nasi Saleem

KUALA LUMPUR: Penyanyi baharu, Syafiq Farhain, menjelaskan bahawa dia tidak tergamak mengganggu periuk nasi vokalis Iklim, Saleem, walaupun memiliki suara seakan-sakan sama dengan bapanya itu.

Syafiq, 29, meluahkan rasa terkejut apabila ibu tirinya, Julia Bachok, membuat kenyataan kononnya beliau mengganggu rezeki penyanyi rock terbabit, seperti disiarkan sebuah portal.

“Sebagai anak, saya tidak tergamak mahu menggugat atau ‘caras’ periuk nasi ayah sendiri.

“Memang ada masanya penganjur mahu saya menyanyikan lagu ayah. Maklum saja, dia seorang penyanyi legenda.

“Walaupun memiliki suara seakan-akan sama, saya masih tidak mampu menyainginya. Tambahan pula bakat saya tidak sehebat dirinya,” kata Syafiq kepada BH Online.

Selain laporan di portal, sebuah rancangan hiburan popular turut mengeluarkan kenyataan Saleem yang melarang anaknya menggunakan nama beliau untuk meraih populariti.

Syafiq berkata, sejak menjadi tular, rezekinya bertambah murah apabila diundang menjayakan pelbagai majlis nyanyian. Beliau juga akan diperkenalkan sebagai anak penyanyi berpengalaman itu.

“Sejujurnya, saya tak pernah cakap atau memberitahu saya anak kepada Saleem. Bagaimanapun, kebanyakan orang sudah tahu hal itu. Apabila nama dipanggil untuk naik ke pentas, pengacara majlis akan mengumumkan siapa saya,” katanya.

Berkenaan hubungannya dengan Saleem, Syafiq pernah bertemu bapanya dan menyifatkan mereka tiada masalah.

“Setahu saya, kami tidak pernah ada masalah. Apapun, terpulang pada ayah atau Julia untuk bercakap apa sekalipun. Saya enggan mengeruhkan keadaan. Saya percaya pada rezeki kerana semua ini ditentukan Allah,” tuturnya.

Syafiq yang juga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, baru saja muncul dengan single pertama berjudul Sayang Maafkan Aku di bawah naungan MVM Productions.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");