Isu Panas

Tidak Ingin Sertai DAP Semula

EMPAT pemimpin dan ahli-ahli DAP Melaka yang mengumumkan keluar parti pada Februari tahun ini tetap tidak akan kembali ke pangkuan parti itu.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him berkata, mereka telah membuat keputusan dengan sebaik mungkin dan tiada sebab untuk mengubah pendirian.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kerana meminta kami sertai semula parti.

“Kami tetap tidak berganjak daripada keputusan sebelum ini dan enggan meminta maaf kerana kami percaya kami tidak melakukan sebarang kesilapan,” kata Tong Him seperti disiarkan dalam China Press.

Selain Tong Him, tiga lagi pemimpin DAP dari Melaka yang memutuskan keluar parti kerana sudah hilang keyakinan dengan pucuk pimpinan ialah Adun Duyong, Goh Leong San; Adun Bachang, Lim Jack Wong Bachang dan Adun Kesidang, Chin Choong Seong serta ramai lagi ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Beliau menegaskan sekali lagi matlamat dan objektif DAP pada masa kini juga sudah berubah dari asal.

“Saya sedari DAP sudah menyimpang jauh daripada perjuangan sebenar malah lebih mementingkan agenda individu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");