Jenayah

Wanita Maut Dirempuh Lori Undur

DUNGUN:Seorang wanita maut dirempuh sebuah lori yang sedang mengundur dalam di persimpangan Che Lijah, Jalan Dungun- Bukit Besi, di sini, pagi tadi.

Memetik laporan Sinar Harian dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, mangsa, Marini Ismail, 52 meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat rempuhan itu.

Mangsa yang tinggal di Taman Rakyat, Dungun dipercayai dalam perjalanan ke bengkel anaknya di Kampung Che Lijah sebelum lori yang tiba di persimpangan lampu isyarat bertindak mengundur dan terlanggar mangsa yang berada di belakang.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 cedera parah dan disahkan meninggal dunia. Jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");