Membawang Hari Ini

Yazid (Search) Dilarang Naik Pesawat

PETALING JAYA: Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmad menempuh nasib malang apabila hasratnya untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Brunei gagal selepas dilarang menaiki pesawat kerana uzur.

Isterinya Ramlah Mat berkata, keadaan kesihatan suaminya itu merosot ketika mereka sedang menunggu pesawat untuk pulang  di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada Isnin selepas empat hari berada di negara itu.

“Kami berada di Brunei sejak Jumaat lalu berikutan suami saya ada undangan menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian.

“Pada awalnya kesihatannya baik tapi hari terakhir dia nampak penat dan mengalami sesak nafas dan semput sehingga tidak dibenarkan menaiki pesawat. Dia terus dibawa ke Hospital Ripas untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Ramlah, suaminya diberikan rawatan dialisis bagi membuang air pada paru-paru yang menyebabkan dia menjadi semput.

Bagaimanpun katanya, keadaan semakin stabil biarpun masih berada dalam keadaan lemah.

“Selepas melakukan rawatan dialisis semalam, tekanan darah dia semakin baik dari 180 kepada 108. Tapi dia masih lemah dan tidak boleh berjalan.

“Sepatutnya sudah boleh keluar hari ini tapi pihak hospital minta buat satu lagi dialisis kerana masih ada saki baki air di paru-paru yang perlu dikeluarkan.

“Biasanya sekali dialisis mengambil masa tiga jam, mungkin esok baru kami dibenarkan keluar dan pulang ke Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ramlah turut berharap peminat dan orang ramai mendoakan kesihatan suaminya agar dapat kembali ke Malaysia segera.

Pada Julai 2015, Yazid pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah buah pinggang dan jantung.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/08/01/yazid-hospital-brunei/#wIBBJEIXisSoFq4R.99

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");