Membawang Hari Ini

‘Apam Kuih Lah…’

KUALA LUMPUR: Sejak beberapa hari lalu, laman sosial kecoh apabila produk span diberi nama, ‘Apam Che Ta’ yang diusahakan Rozita Che Wan, dikritik netizen atas alasan berbaur lucah.

Melancarkan produk itu bersama teman yang dikenali sebagai Anas, Rozita atau mesra disapa Che Ta, bagaimanapun enggan mengambil peduli kritikan orang.

“Kadang-kadang nak gelak pun ada dengan pertikaian atau perkara sensasi yang cuba dibangkitkan netizen.

“Tapi kalau nak fikir apa yang mereka cakap, nampaknya, sampai ke sudah kita tidak akan maju ke hadapan. Kita anggaplah mereka ini seolah memberi publisiti percuma untuk saya… Tak jadi kudis pun,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Che Ta sedar ramai orang suka mengaitkan dirinya dengan kontroversi.

“Tapi kalau semua benda hendak dilihat daripada sudut negatif, teruklah jadinya. Cuba kita buka sikit minda dan jangan terlalu jumud,” katanya.

Bagaimanapun, isteri kepada Zain Saidin ini tidak menafikan dalam dunia perniagaan, strategi perlu diatur agar barangan dihasilkan mendapat perhatian.

“Samalah untuk produk span ini. Kalau ada yang cakap istilah ‘apam’ itu sesuatu yang lucah, saya fikir mereka sudah jauh terpesong.

“Janganlah sampai melayang jauh melihat istilah apam sebagai bayangan kepada benda lain,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai produk terbaru span solekan keluarannya itu, Che Ta mengaku agak ragu-ragu apabila Anas membentangkan ideanya.

“Dalam hati, saya tertanya, apam apa pula yang hendak dibuat. Rupa-rupanya, dia ambil nama apam atas inspirasi kuih kegemarannya.

“Kuih apam atau ada yang menyebut apom memang kuih kegemaran saya sejak kecil. Rupanya gebu jadi saya fikir untuk meletakkan nama produk ini sebagai ‘Apam Che Ta’ sangat bernas,” katanya.

Che Ta berkata, solekan menggunakan span keluarannya dijamin bermutu malah harga yang ditawarkan berpatutan.

Selain span solekan, Che Ta dan Zain turut menjual koleksi tas tangan.

“Tas tangan ini kami namakan Zapatos X Rozita Che Wan. Harganya mampu dimiliki semua. Warna hijau paling laris setakat ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");