Jenayah

Bicara Farid Kamil Ditangguhkan, Peguam Kemalangan

PERBICARAAN kes tampar anggota polis serta orang awam membabitkan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan berikutan peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili beliau terbabit kemalangan.

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu dimaklumkan peguam bagi pihak Megat Syazlee, Meor Amir Meor Omar Baki ketika prosiding sambung bicara kes itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Meor Amir berkata, pihak pembelaan memohon penangguhan kes ini disebabkan Megat Syazlee terbabit dalam kemalangan jalan raya semalam dan mengalami patah tangan.

Sehubungan itu, pihak pembelaan memohon tarikh perbicaraan pada hari ini dan esok dilapangkan kepada tarikh lain kerana setakat ini Megat Syazlee belum menjalani pembedahan.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran tidak membantah dengan permohonan pembelaan, namun mahu mahkamah merekodkan bahawa saksi kelima pendakwaan, iaitu doktor hadir bagi memberikan keterangan.

Sehubungan itu, Nor Arifin menetapkan 31 Januari ini sebagai sebutan semula kes itu, selain turut mengingatkan pada tarikh itu Farid, 38, juga perlu hadir.

Sementara itu, Meor Amir ketika ditemui di luar mahkamah selepas tamat prosiding berkata, Megat Syazlee terbabit dalam kemalangan membabitkan motosikal yang dinaikinya semalam.

“Ekoran kejadian itu Meor Amir patah tangan kanan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Pada 16 Januari 2018, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan, iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");