Membawang Hari Ini

Filem Mawi Akhirnya Lulus LPF

Setelah dihujani beberapa isu akhirnya ada berita gembira buat peminat dan penonton filem tempatan yang tidak sabar menyaksikan buah tangan pertama Mawi ke layar perak.

Sebelum ini, filem berkenaan diberi klasifikasi P13 atas faktor seperti babak perkelahian atau pertengkaran.

Namun, filem tiada tajuk arahannya itu sudah mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) baru-baru ini.

“Sebenarnya, tiada babak maki hamun tapi bergaduh siap berkias-kias dan alhamdulillah watak LGBT juga lepas,” katanya yang dipetik dari blog kafebuzz.

Sebelum ini filem lakonan utama Hazama, Joey Daud dan Along Cham ini menimbulkan kebimbangan pada Mawi sendiri kerana ada watak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang digambarkan.

Penyampai radio Zayan ini tampil memberikan penjelasan terhadap isu tersebut.

Mawi bersyukur kerana filem pertamanya kali ini yang membawa genre Islamik komedi lulus untuk tayangan kepada khalayak.

”Memang lega bila dah lulus sebab peringkat ini sudah jauh dan selepas ini menunggu keputusan Skim Wajib Tayang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");