Perak Hari Ini

Hotel Impiana Bakal Sajikan ‘Yee Sang Naga’ Kepada Pengunjung

IPOH: Menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada bulan hadapan, Hotel Impiana Ipoh menawarkan pelbagai sajian istimewa masyarakat Cina bermula hari ini sehingga tiba hari perayaan Chap Goh Mei.

Pengurus Besar hotel, Gerard Sta Maria berkata lebih daripada 100 masakan akan disajikan kepada pengunjung bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan tersebut.

Katanya, antara sajian wajib yang akan dihidangkan semasa sambutan Tahun Baru Cina ialah Yee Sang.

Namun jelasnya, kelainan yang dibawakan oleh Hotel Impiana Ipoh kali ini ialah ianya akan dihidangkan secara memanjang, sepanjang 18 kaki.

“’Yee Sang Naga’ sepanjang 18 kaki ini merupakan cetusan idea daripada chef kami yang mana mahukan sesuatu yang istimewa pada perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

“Pada kebiasaan ia akan dihidangkan di atas satu meja, secara bulatan. Namun kali ini ia berbeza.

“Naga merupakan simbol kepada kemakmuran dan nasib yang baik. Saya berpendapat, dengan dihidangkan secara sebegini, ia akan memberi lebih ruang kepada yang lain untuk memperoleh kemakmuran,” katanya.

Ujarnya lagi, selain daripada acara menggaul Yee Sang tersebut, pada hari pertama Sambutan Tahun Baru Cina itu nanti, pengunjung turut bakal dihiburkan dengan persembahan tarian singa.

Acara yang bakal berlangsung sekitar jam 9.00 pagi itu juga akan diserikan dengan pameran kaligrafi Cina.

Dalam pada itu, kata Gerard, pada 5 dan 6 Februari pula, Hotel Impiana Ipoh akan mengadakan promosi bufet makan tengah hari (12.30 sehingga 2.30 petang) dengan harga RM58 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak serta warga emas.

Mereka yang hadir pada waktu tersebut bakal berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menawarkan baucar sehingga RM100.

“Sajian bufet makan malam, pada 4 hingga 6 Februari pula ditawarkan pada harga RM88 untuk setiap dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program Pra Sambutan Tahun Baru Cina bersama media di Hotel Impiana Ipoh, di sini hari ini.

Antara menu yang disajikan ialah, nasi pulut yang dihidangkan dalam daun teratai, brokoli kukus bersama cendawan dalam sos tiram, ikan siakap kukus, itik panggang dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan juga pemanis pulut seperti bebola coklat, kek cawan, kekacang, puding, buah-buahan dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut ataupun ingin membuat sebarang tempahan, talian yang boleh dihubungi ialah 05-255 5555, sambungan 8009.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");