Perak Hari Ini

Jersi Perak Bawa Dua Mesej, Tidak Pamer Logo Penaja

IPOH:Jersi baharu pasukan Perak yang bakal dilancarkan pada 26 Januari ini tidak lagi mempamerkan logo penaja sebaliknya mengetengahkan dua mesej utama pada jersi tersebut.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata dua mesej utama iaitu ‘Quit Smoking’ dan ‘Save water’ akan dipamerkan pada jersi tersebut yang disifatkannya rekaan terbaik pernah ditampilkan.

“Kita berfikir panjang tentang jersi ini kerana kita akan bermain di peringkat antarabangsa pada musim ini.

“Dua mesej ini kita bawa untuk tunjukkan kepada kepada Asia dan antarabangsa bahawa Orang Perak membawa mesej yang baik, orang Perak bersukan sambil berkasih sayang,” katanya selepas menghadiris sesi temubual bersama pemain pasukan Perak di Konti Perak Fm hari ini.

Mengulas mengenai ketiadaan nama dan logo penaja pada jersi tersebut, jelas Faizal keputusan tersebut telah dipersetujui oleh semua penaja melalui perbincangan sendiri dengan pihaknya.

“Mereka menyumbang dengan penuh iklas demi untuk menaikkan taraf sukan di negeri Perak, saya bercakap sendiri dengan mereka dan mereka bersetuju agar nama syarikat tidak dimasukkan.

“Lembaga Air Perak (LAP) penyumbang paling tinggi iaitu sebanyak RM8 juta namun pada kali ini  LAP diminta mengurangkan sumbangan hanya sebanyak RM2 juta sahaja kerana kita mahu jaga duit rakyat, LAP adalah duit rakyat dan sumbangan lain adalah daripada pihak swasta,” katanya.

Sementara itu beliau turut mensasarkan kehadiran sekitar 10,000 orang pengunjung pada mini karnival Sukan sempena pelancaran jersi dan pengenalan pemain Perak yang berlangsung selama satu hari di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Mini karnival sukan ini akan berlangsung selama satu hari bermula seawal jam 8 pagi hingga tengah malam, pelbagai aktiviti menarik dan konsert mini untuk pengunjung yang hadir,” katanya.

Katanya program bermula seawal jam 8 pagi dengan pengisian seperti acara zumba, 3 ON 3 street Soccer, 3 on 3 netball, 3 on basket ball,Piala Peja E-sport Fifa Challenge 2019 serta perlawanan 5 ON 5 Phanters Peja A menentang pasukan Legend Perak iaitu bekas pemain bola sepak Perak pada sebelah petang sekitar 5 petang.

“Acara kemuncak adalah penganjuran mini konsert ‘kejor yeop skor’ yang bakal menampilkan artis tempatan terkenal seperti Awie, Ella, Baby Shima dan Ruffedge sebelum pengenalan pemain serta pelancaran kit pasukan Liga Super Pasukan Perak bagi musim 2019/2020 yang dijadual berlangsung sekitar jam 10 malam,” katanya.

Sekali lagi turut ditampilkan trofi Piala Malaysia yang dimenangi pada Perlawanan akhir Piala Malaysia 27 Oktober tahun lalu kepada semua penyokong pasukan Perak di Mini Karnival sukan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");