Berita Hari Ini

Ketua Polis KL Tidak Rela Mempunyai Anggota Terlibat Dengan Kongsi Gelap

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur memberi jaminan bahawa tiada mana-mana anggotanya terlibat atau mempunyai hubungan dengan mana-mana kumpulan kongsi gelap.

Itu tegas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dalam menyatakan pendiriannya dalam usaha membanteras kegiatan kumpulan kongsi gelap di sekitar ibu negara.

Kata beliau, isu membabitkan anggota polis yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap adalah sedikit dan tindakan ke atas mereka telahpun diambil sebelum ini.

Jelas beliau PDRM Kuala Lumpur menjadikan 2019 sebagai tahun yang mensasarkan untuk membasmi segala aktiviti membabitkan kongsi gelap.

“Saya sudah beri amaran tegas,saya dah beritahu kepada mereka saya lebih rela kekurangan anggota daripada mempunyai anggota (yang terlibat dengan kumpulan kongsi gelap).

“Saya inginkan pegawai dan anggota yang berkualiti bagi PDRM Kuala Lumpur. Jika masih ada yang terlibat tindakan tegas akan diambil termasuk buang kerja,” katanya ketika hadir pada program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) di Cheras lapor Astro Awani.

Malah jelasnya, fokus kumpulan kongsi gelap di sekitar ibu negara kini dikesan telah mengubah aktiviti utama mereka iaitu daripada jenayah kekerasan dan pemerasan kepada pengedaran dadah untuk memastikan mereka mampu bergiat aktif.

“Apa yang kita lakukan sekarang untuk diamkan mereka daripada sebarang aktiviti sehingga mereka tidak boleh buat apa-apa.

Justeru itu kita harap orang ramai dapat menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Sekarang anda jangan bimbang jika anda bersama kami kita boleh banteras mereka” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mana-mana kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur boleh menyalurkan maklumat menerusi talian khas yang telah diwujudkan iaitu 017-203 5737 atau talian hotline 03-2146 0670.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");