Perak Hari Ini

KPDNHEP Perak Serbu Restoran Guna Logo Halal Tamat Tempoh

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak dalam satu operasi telah bertindak menyita beberapa dokumen ataupun perakuan logo halal ke atas sebuah restoran masakan India, di sini, semalam.

KPDNHEP negeri dalam satu kenyataan berkata tindakan itu diambil setelah mendapati premis tersebut mempamerkan logo halal yang tamat tempoh.

“Hasil pemeriksaan awal, dengan mendapatkan keterangan seorang lelaki bukan Islam, dan menyatakan bahawa premis itu pernah memiliki Sijil Halal Malaysia sehingga Disember 2017.

“Namun pembaharuan sijil halal tersebut gagal diperolehi kerana pihak restoran tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk),” katanya.

Antara yang disita ialah tujuh unit papan tanda logo halal, 20 kad nama yang mempunyai logo halal serta satu sijil halal yang telah tamat tempoh.

Operasi yang berlangsung selama tujuh hari yang berakhir semalam itu telah menjalakan pemeriksaan terhadap 93 premis restoran di seluruh Perak.

Tambah kenyataan tersebut, pemeriksaan tidak tertumpu kepada restoran makanan India Muslim sebaliknya ia meliputi kesemua premis makanan yang menggunakan sebarang bentuk perakuan halal seperti restoran masakan Thai, Melayu serta kopitiam .

Selain JAIPk, antara agensi yang turut terlibat sama dalam operasi tersebut ialah Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Selain itu, dalam perkembangan sama, KPDNHEP Perak turut melakukan operasi ke atas sebuah premis pembekal makanan sejuk beku, yang juga atas kesalahan yang sama.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut menjalankan perniagaan pembungkusan semula ke atas daging kambing dengan mempamerkan logo Halal Malaysia.

“Pengesahan awal oleh pegawai JAIPk bahawa logo halal syarikat tersebut telah tamat tempoh pada Mac 2010,” katanya.

Ekoran itu, sebanyak 115kg plastik bungkusan yang mempunyai logo halal serta dua unit bungkusan daging kambing telah disita KPDNHEP Perak bagi tujuan siasatan.

Kedua-dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16 (1) Akta Perihal Dagangan 2011.

Berhubung isu sama, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke semua premis makanan yang bermula pada awal Januari tahun lalu sehingga kini, sebanyak 11 kes telah dicatat dengan nilaian rampasan berjumlah RM5,073.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");