Berita Hari Ini
Like

KSU Kementerian Beri Keterangan 6 Jam Depan SPRM

January 12, 2019
55 Views
0 Comments
1 minute read
KSU Kementerian Beri Keterangan 6 Jam Depan SPRM

Ketua setiausaha kementerian hari ini dipanggil bagi memberi keterangan di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung kontrak kerajaan bernilai RM99.7 juta.

Ini adalah kali kedua beliau dipanggil bagi ????dirakamkan percakapannya.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 60 tahun yang bergelar Datuk itu memberi keterangan selama enam jam mulai 12 tengah hari.

“Semalam, SPRM merakam keterangan beliau selama dua jam bermula 10 pagi.

“Rakaman percakapan itu dibuat berkaitan kes seorang bekas pengerusi agensi kerajaan yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk mencadangkan sebuah syarikat supaya diberi lantikan secara terus bagi projek Kempen Pengiklanan Digital bagi pasaran China untuk tempoh 2018 hingga 2020,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Sumber SPRM menambah projek berkenaan bernilai RM99.7 juta dan ia menggunakan peruntukan di kementerian itu.

Khamis lepas, seorang bekas pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk direman selama empat hari bagi membantu siasatan salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta.

– Bernama

Komen & Pendapat

Comments are closed.