Membawang Hari Ini

Nak Berubah Kena Pandai Cari Kawan – Ayu Damit

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ayu Damit mengakui, pergaulan yang betul turut memainkan peranan dalam mencorakkan masa depan seseorang.

Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 30, berkata, pengalaman meniti jatuh bangun dalam kehidupan banyak mematangkan dirinya.

“Saya berkahwin muda ketika usia baru mencecah 19 tahun. Banyak yang berlaku dan saya belajar daripada pengalaman itu.

“Apabila meningkat dewasa, saya mula sedar perubahan dalam diri turut bergantung dengan siapa kita bergaul.

“Pergaulan juga membentuk saya menjadi lebih matang dan memikirkan impian masa hadapan. Alhamdulillah, kehidupan saya hari ini lebih baik berbanding dulu,” katanya.

Sementara itu, Ayu berkata, selepas beberapa tahun menyepi dalam industri muzik, dia bakal kembali dengan single baharu.

Ayu yang turut menjalankan perniagaan menanam cili padi, terung dan timun berkata, sudah tiba masa untuk dia kembali fokus dalam bidang nyanyian apabila usahanya mula membuahkan hasil.

“Tahun ini, saya mahu memberi tumpuan penuh dalam bidang nyanyian. Saya masih lagi mencari lagu yang bersesuaian, tetapi tidak mahu mengambil masa terlalu lama.

“Alhamdulillah, saya masih menerima undangan nyanyian, tetapi saya tetap mencari ruang untuk kembali menambat hati peminat. Saya berharap percaturan kali ini menjadi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");