Panasnya Hari Ini

PRK Cameron Highlands: Projek Perkampungan Sungai Ruil Bukti BN Prihatin

CAMERON HIGHLANDS – Projek perkampungan Orang Asli di Kampung Sungai Ruil di sini yang menelan kos RM44 juta merupakan bukti kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak meminggirkan kebajikan masyarakat golongan tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek berkenaan sangat istimewa buat Orang Asli lebih-lebih lagi ia dibangunkan selepas tragedi tanah runtuh yang mengorbankan tujuh individu pada 2011.

“Saya sendiri yang melulus dan melancarkan projek ini. Ia sangat istimewa buat Orang Asli lebih-lebih lagi selepas tragedi menyayat hati itu berlaku sehingga mengorbankan nyawa.

“Kita boleh lihat sendiri bukti projek ini yang sangat indah sekali gus menafikan dakwaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa BN meminggirkan masyarakat Orang Asli dan tidak membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke perkampungan berkenaan di Kampung Sungai Ruil di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan calon BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, BN memberikan tanah dan rumah berkenaan secara percuma kepada masyarakat Orang Asli dan harga aset tersebut kini mencecah RM400,000 sebuah alpor Kosmo Online.

“Banyak lagi projek yang akan dilaksanakan kerajaan negeri Pahang yang diterajui BN ini. Perkampungan Orang Asli ini berselerak, jadi kita akan menjalankannya secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");