Berita Hari Ini

Restoran Nasi Kandar Pelita Hentikan Penjualan Rokok

BUTTERWORTH – Pemilik restoran nasi kandar Pelita, antara restoran nasi kandar paling popular di Malaysia, Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. (Pelita), telah menghentikan penjualan rokok di semua kaunter rangkaian restorannya di seluruh negara bermula semalam.

Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk K K Sihabutheen berkata, sepatutnya pemberhentian penjualan rokok di 28 buah cawangan restoran nasi kandar itu dibuat bermula pertengahan tahun depan berikutan pihaknya masih mempunyai kontrak bersama pihak pembekal rokok.

“Walau bagaimanapun, menerusi satu perbincangan mereka (pembekal rokok) bersetuju menamatkan kontrak membekal rokok di restoran nasi kandar Pelita bermula semalam.

“Kami yakin langkah ini akan disokong pelanggan kerana kebanyakan mereka mahu satu kawasan bebas daripada asap rokok. Lagipun tidak guna menjual rokok kalau menghisap rokok tidak dibenarkan dalam restoran,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin yang turut hadir dalam sidang akhbar itu turut merakamkan penghargaan kepada rangkaian restoran itu atas inisiatif itu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");