Perak Hari Ini

Sultan Nazrin Rasmi Kilang Penapis Unifuji dan Kompleks Optimil

TANJUNG MALIM: Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan loji pemprosesan kelapa sawit yang berteknologi tinggi, Kilang Penapis Unifuji dan Kompleks Optimil di Ladang Ulu Bernam, dekat sini, hari ini.

Turut berangkat sama, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Keberangkatan Baginda bersama Raja Permaisuri diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, bersama-sama isterinya Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi serta Ketua Pegawai Eksekutif United Plantations (UP) Bhd, Datuk Carl Bek-Nielsen.

Semasa majlis berlangsung, Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak berkenan menandatangani plak dan menanam pokok sebagai simbol perasmian.

Seterusnya, Baginda serta Raja Peramisuri yang turut diringi tetamu kehormat lain melawat ke tapak loji penapisan kilang tersebut.

Pada tahun 2015, UP memutuskan untuk membina sebuah kilang kelapa sawit yang baharu yang dikenali sebagai ‘Optimil’.

Dengan dilengkapi peralatan berteknologi tinggi yang seiring dengan perkembangan semasa, ia bukan sahaja mampu menjadi cerminan kejayaan kepada syarikat dan pelabur malah ia mampu menjadi contoh terhadap sektor ekonomi yang lain.

Sementara itu, ketika menyampaikan sembah ucapan, Carl berkata, sejak 15 tahun kebelakangan ini, industri minyak kelapa sawit menerima kritika negatif yang mana kebanyakkannya bersandarkan daripada berita palsu.

Namun, beliau percaya ia dapat dilakukan dan industri kelapa sawit kini harus meningkat serta menerima cabaran dalam menunjukkan kepimpinan serta penerimaan perubahan yang diperlukan.

“Saya memberi jaminan kepada badan kerajaan dan wakil-wakil dari luar yang hadir hari ini, dimana kami di UP akan melakukan yang terbaik untuk terus memainkan peranan dalam berkongsi amalan-amalan yang mampan ini, yang mana lebih penting lagi untuk memenuhi 17 matlamat Pembangunan Mampan bagi Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Selain itu, katanya lagi, dengan pembukaan kompleks baharu kilang tersebut, ia mampu mengeluarkan nilai tambah sawit yang tinggi selain menyediakan peluang pekerjaan kepada 150 orang.

“Matlamat dari permulaan projek ini adalah untuk mencipta sesuatu yang istimewa, sesuatu yang akan melepasi piawaian keselamatan makanan, keberlanjutan dan kebersihan dunia sert menggabungkan dengan matriks tenaga yang beroperasi sepenuhnya tanpa menggunakan bahan api fosil,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");