Panasnya Hari Ini

“UMNO Yang Patut ‘Tutup Kedai’” – Ahmad Faizal

IPOH: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menempelak kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mengatakan Bersatu sudah tidak relevan.

Asyraf Wajdi dalam satu laporan media semalam berpandangan bahawa Bersatu seharusnya ‘ditutup’ kerana matlamat untuk menumbangkan mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu telah selesai.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Bersatu Perak berkata, parti UMNO yang seharusnya ‘ditutup’ kerana sejak akhir-akhir ini, Bersatu kian mendapat tempat di hati rakyat berbanding UMNO.

Mengandaikan seperti dalam sesebuah perniagaan, beliau berkata perkembangan Bersatu semakin baik dan diterima ramai.

“Kalau dalam perniagaan, kalau kita tak didatangi ramai orang, kita tidak diterima, maka kita yang patut ‘tutup kedai’.

“Tetapi, ‘perniagaan’ saya maju. Malah saya kini Menteri Besar Perak. Jadi kita tidak patut ‘tutup parti’.

“Saya cadangkan kepada Asyraf Wajdi, supaya UMNO yang patut ‘tutup kedai’,” katanya dalam satu sidang media selepas menyempurnakan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Bandaraya Fukoka, Jepun dengan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal sekali lagi mengulangi pendirian partinya yang mana sentiasa terbuka untuk menerima keahlian daripada mana-mana pihak.

Namun, jelasnya, penyertaan mereka akan ditapis terlebih dahulu.

“Sesiapa yang masih tidak mahu mengaku kesilapan, tidak mahu kembali ke landasan yang betul untuk membantu memajukan negara, kita tidak terima.

“Kita Cuma terima pihak yang benar faham bahawa negara kini ini sedang perlu diperbetulkan daripada segala angkara jahat yang telah dibuat sebelum ini,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");