Perak Hari Ini

“Kalau Datuk Hamidah Mahu Jadi ‘Nujum’, Terpulang Kepada Beliau..” – Ahmad Faizal

IPOH: Semua barisan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setakat ini adalah lantikan daripada kepimpinan tertinggi parti.

Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, hal ini kerana Bersatu masih lagi belum dapat mengadakan sesi pemilihan parti.

Tambahnya, oleh kerana itu juga, kepimpinan tertinggi parti berhak sama ada untuk membubar atau mengekalkan mana-mana ahli mereka.

Ketika ditanya tentang kenyataan Bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman yang mendakwa tindakan pembubaran beberapa bahagian Bersatu di Perak ini merupakan langkah parti itu bagi ‘menyerap’ masuk bekas-bekas ahli UMNO yang telah bertindak lompat parti, Ahmad Faizal enggan mengulas lanjut.

“Saya tak dapat komen apa yang akan berlaku kerana setiap lantikan itu ditentukan parti dan kata-kata daripada orang luar ini tidak perlu kita ambil berat. Masing-masing ada pandangan sendiri.

“Kalau Datuk Hamidah mahu jadi ‘nujum’, terpulang kepada beliau. Saya tak berminat untuk komen dengan apa yang dia komen. Lagipun, dia bukan lagi bersama dalam parti,” katanya.

Jelasnya lagi, keputusan pembubaran beberapa Bahagian Bersatu di Perak, itu merupakan keputusan yang dibuat secara bersama oleh kesemua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak berkata, beliau tidak berasa tertekan terhadap desakan segelintir individu yang mendakwa sebagai ketua bahagian, yang mahu beliau melepaskan jawatan dalam parti.

Katanya, beliau akan terus fokus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sebaik mungkin

“Saya tak sempurna tetapi mereka yang mendukung semangat parti, akan membantu saya dan memperkuatkan lagi parti agar dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Model Perniagaan Baharu Taman Tema Movie Animation Park Stuios (MAPS) di MAPS Meru Raya, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");