Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Yakin Dr M Berkata Benar, PAS Pula Terperangkap

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yakin Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bercakap benar ketika mendakwa PAS tidak akan memberi sokongan kepada BN di Semenyih.

Muhyiddin yang juga menteri dalam negeri berkata beliau juga percaya dengan kenyataan didedahkan Mahathir itu membuat PAS berasa seperti terperangkap.

“Apabila dia terperangkap, macam biasalah, dia boleh bohong dan nafikan. Itu yang kita tahu apa yang berlaku dengan PAS,” katanya.

Ditemui media di Beranang hari ini Muhyiddin berkata kenyataan Mahathir itu tidak direka-reka dan perdana menteri bukan seseorang yang tidak memahami bahasa Melayu.

Justeru, katanya, sudah tentu dakwaan dibuat Mahathir itu benar.

Terdahulu Muhyiddin ditanya wartawan mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan ketika menjelaskan pertemuannya – bersama Abdul Hadi Awang dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar – dan Mahathir di Kuala Lumpur pada 14 Feb lalu.

Kata Takiyuddin PAS tidak pernah berjanji untuk tidak memberikan sokongan kepada Umno dan BN dalam PRK Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac ini.

Sebaliknya kata Takiyuddin PAS memberikan jaminan sokongan kepada Mahathir jika pengerusi Bersatu itu berdepan dengan cubaan penyingkiran melalui undi tidak percaya oleh parti dalam PH.

Kerajaan Bossku dah tumbanglah

Menurut Muhyiddin beliau mengakui sukar memahami PAS yang mendakwa keadaan PRK di Semenyih berbeza berbanding Cameron Highlands.

“Dia kata Semenyih tak sama dengan Cameron Highlands. Maknanya di Cameron Highlands dia sokong Umno. Di Semenyih dia kata tak sama dengan Cameron Highlands, maka maknanya tak sokong, atau sokong sikit-sikit?

“Saya tak faham sebab orang berbohong ini susah kita nak faham,” katanya sambil ketawa kecil.

Bagaimanapun Muhyiddin mengakui beliau tidak tahu dengan sepenuhnya apa yang dibincangkan Mahathir bersama delegasi PAS diketuai Abdul Hadi itu.

Katanya orang yang tahu sepenuhnya perbincangan pada hari berkenaan ialah Mahathir sendiri dan hal itu mungkin akan dijelaskan perdana menteri semasa beliau berkunjung ke Semenyih hujung bulan ini.

“Tun (Mahathir) akan berada di sini pada 28 hari bulan, mungkin beliau akan memberi penjelasan lebih terperinci,” katanya.

Sementara itu mengulas populariti Najib yang didakwa ketara di Semenyih, Muhyiddin yang pernah dilantik sebagai timbalan kepada belas perdana menteri itu tidak berasa ia membimbangkan PH.

“Kami dah melalui banyak pilihan raya. Kadang-kadang yang datang (mendengar ceramah atau menghadiri sesuatu majlis) beribu-ribu orang tapi undi belum tentu.

“PH pun tidak akan terpengaruh dengan hal itu. Apa yang penting ialah datang yang datang itu? Bossku. Tapi saya nak ingatkan rakyat, kerajaan ‘Bossku’ itu dah tumbanglah,” katanya merujuk kepada kata pikat yang dikaitkan dengan Najib sekarang.-MKini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");