Sukan Hari Ini

Ozil Kunci Kejayaan Arsenal – Emery

LONDON: Pengurus Arsenal, Unai Emery menuntut Mesut Ozil segera melupakan masalah kecederaannya dan perlu memgembalikan prestasi asalnya untuk membolehkan dia terpilih semula dalam kesebelasan utama The Gunners.

Pemain tengah Jerman itu yang tersisih sejak seri 1-1 menentang Wolves November lalu kini dilihat mampu diturunkan pada perlawanan kedua menentang BATE Borisov di Liga Europa esok.

Emery sebelum ini mengenepikan Ozil atas alasan taktikal namun mulai puas hati dengan perkembangan pemain itu sepanjang latihan minggu ini.

“Kunci kebangkitan dalam genggamannya. Dia bekerja keras minggu ini dan saya mahu dia terus konsisten dan terus menjalani latihan,” kata Emery, semalam, lapor Reuters yang dipetik BH Online.

“Apabila kamu mampu menjalani latihan dengan kualiti konsisten, kamu akan memberikan persembahan terbaik untuk kami.

“Setakat ini keadaanya baik dan ia bagus buat pemain lain kerana kami sekarang berada dalam detik penting dan getir musim ini. Jika dia cergas, saya fikir kita akan mendapat persembahan terbaik Ozil semula.”

Arsenal kini ketinggalan 1-0 selepas tewas aksi pertama di Belarus dan bakal berjuang tanpa peledak Alexandre Lacazette yang menjalani hukuman penggantungan.

Kempen Arsenal menerima tamparan kali ini apabila Aaron Ramsey sedang bergelut selepas sembuh daripada kecederaan lutut manakala Ainsley Maitland-Niles kurang cergas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");