Perak Hari Ini

Sultan Nazrin, Tuanku Zara Hadir Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri

IPOH: Sekitar 40,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri di Taman Tema Lost World Of Tambun, di sini, hari ini.

Majlis turut diserikan lagi dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim, turut berangkat sama ke majlis.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Kerajaan Perak, Howard Lee Chuan How ketika menyampaikan sembah ucapan berkata, kepimpinan kerajaan negeri akan berusaha bagi memastikan segala inisiatif yang telah dibentangkan dalam Belanjawan Perak 2019 akan dilaksanakan demi kebaikan rakyat.

Beliau yang mewakili Menteri Besar juga berkata, semua pihak harus mempunyai semangat untuk bersama-sama kerajaan membangunkan negeri dalam menuju Revolusi Industri 4.0.

“Kita harus sentiasa mempunyai semangat untuk bertaya kepada diri kita sendiri tentang “Bagaimana kita boleh menyumbang kembali kepada negeri bertuah ini” daripada memikirkan tentang “Apa yang harus negeri ini sumbangkan kepada kita”,” katanya.

Selesai berucap, Sultan Nazrin kemudiannya berkenan berangkat ke pentas utama bagi merasmikan majlis.

Baginda turut berkenan melakar kaligrafi cina yang membawa maksud kehidupan serta keharmonian, bagi gimik pelancaran.

Seterusnya, Sultan Nazrin berkenan untuk menyampaikan ‘angpau’ kepada beberapa badan pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir ke majlis.

Terdahulu keberangkatan Baginda dan kerabat diraja sekitar jam 4 petang disambut meriah orang ramai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");