Published On: Sat, Jan 5th, 2013

PAS Sanggup Hina Mufti Dan Jakim Demi Kuasa Politik!

Share This
Tags

Sangat mendukacitakan apabila PAS bersikap kebudak-budakan apabila begitu celupar bertindak biadap terhadap institusi Mufti dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan tuduhan yang begitu hina.

Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan PAS melalui pemimpin mulut “hebiaq”nya, Idris Ahmad, PAS menuduh para Sahibussamahah Mufti dan ulama yang bernaung di bawah JAKIM sebagai “tukang bodek” UMNO.

Idris yang sudah tidak laku di dalam PAS menganggap bahawa tindakan para Mufti dan JAKIM yang mendesak supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya itu sebagai satu tindakan untuk menyelamatkan UMNO menjelang PRU ke-13.

Persoalannya, siapa Idris untuk menghina para ulama muktabar dan Mufti-Mufti yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong serta para DYMM Sultan-Sultan?

Saya yakin, sekiranya diletakkan Idris di tengah-tengah dewan yang dikelilingi para Mufti dan ulama JAKIM, nescaya dia akan terkulat-kulat, terkebil-kebil dan mungkin terkencing di dalam seluar berhadapan dengan kemantapan hujah mereka yang beraqli dan naqli.

Bukanlah saya mahu menghina kreadibiliti Idris dan PAS, tapi melihat kepada sikap bongkak dan angkuh mereka yang menghina para ulama yang mempertahankan perpaduan serta aqidah ummah, saya dapat melihat kehinaan paling jijik pada diri ahli-ahli politik tersebut.

Sebagaimana maklum, sebelum mana-mana pihak dari kalangan Mufti atau JAKIM mengeluarkan kenyataan atau fatwa mereka, sudah tentu mereka sudah berijtihad dan mengkaji setiap perkataan yang terbit dari lidah mereka.

Para Mufti dan ulama JAKIM sedar bahawa sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan yang bertuhankan politik, sudah tentu mereka akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.

Justeru keimanan dan ilmu yang diamanahkan Allah kepada para Mufti dan ulama JAKIM itu, maka mereka menyatakan bahawa amanat Hadi itu jelas bertentangan dengan Islam dan meminta Presiden PAS itu menarik balik amanat tersebut.

Ijtihad mereka yang berpandukan Islam sebenar telah menyimpulkan bahawa amanat tersebut jelas memecah belahkan umat Islam di negara ini dan adalah tidak wajar untuk mengkafirkan saudara seagama hanya kerana mereka memiliki fahaman politik yang berbeza.

Saya faham benar dengan cara para ulama itu beristinbat memandangkan saya mempunyai pertalian yang agak rapat di antara kalangan mereka yang terlibat.

Sekiranya mereka tidak tahu, mereka akan jawab “tak tahu” dan sekiranya mereka arif maka mereka akan menyatakan pandangan berdasarkan ilmu serta fahaman berlandaskan Islam sebenar.

Itulah bezanya ulama Islam dan “ulama politik”. Ulama Islam berfatwa tanpa sebarang kepentingan lain selain Islam, manakala “ulama politik” mengeluarkan fatwa dengan hanya berpandukan kepada kepentingan politik dengan mempergunakan hujah yang tertentu di dalam Islam.

Sekiranya Hadi saja yang berpandangan bahawa UMNO itu kafir, berbanding majoriti ulama muktabar lain di negara ini yang berpandangan yang sebaliknya, maka sangat jelas kita dapat melihat kekhilafan itu terletak pada amanat Hadi itu.

Justeru itu, apakah Idris begitu dungu untuk menilai perkara tersebut? Ya, mungkin dia sengaja menegakkan benang yang basah untuk mengampu Presidennya. Maklumlah, PRU ke-13 makin hampir dan dia pun mungkin teringin nak jadi calon, bukan?

Agak mengecewakan bila PAS bersikap begini. Saya akur mereka punya keistimewaan tersendiri suatu ketika dahulu.

Namun setelah Hadi mengambil alih PAS dari Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Fadhil Noor, PAS begitu hina sekali kedudukannya, terutama selepas mengabdikan diri kepada DAP dan PKR! Mungkinkah PAS akan begitu selamanya?

- PANDORA

About the Author

-

Comments

comments

Displaying 3 Comments
Have Your Say
  1. jonnysze says:

    Salam 1 Malaysia.saya melihat tindakan PAS ni bahaya.Mereka menyerang institusi fundamental negara.Institusi agama adalah salah satu dari institusi fundamental negara.Mereka seakan² mengusahakan supaya rakyat tak percayakan mufti² yang kononnya membela kerajaan.Mereka tak sedarkah yang perkara sama bakal berlaku jika mereka menjadi pemerintah..semoga cita² mereka tak tercapai.

  2. celaka says:

    Amanat Celaka 2013 – siapa mengundi memang celaka!!

  3. [...] Persoalannya, siapa Idris untuk menghina para ulama muktabar dan Mufti-Mufti yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong serta para DYMM Sultan-Sultan? Saya yakin, sekiranya diletakkan Idris di tengah-tengah dewan yang dikelilingi para Mufti dan ulama JAKIM, nescaya dia akan terkulat-kulat, terkebil-kebil dan mungkin terkencing di dalam seluar berhadapan dengan kemantapan hujah mereka yang beraqli dan naqli. Bukanlah saya mahu menghina kreadibiliti Idris dan PAS, tapi melihat kepada sikap bongkak dan angkuh mereka yang menghina para ulama yang mempertahankan perpaduan serta aqidah ummah, saya dapat melihat kehinaan paling jijik pada diri ahli-ahli politik tersebut. Sebagaimana maklum, sebelum mana-mana pihak dari kalangan Mufti atau JAKIM mengeluarkan kenyataan atau fatwa mereka, sudah tentu mereka sudah berijtihad dan mengkaji setiap perkataan yang terbit dari lidah mereka. Para Mufti dan ulama JAKIM sedar bahawa sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan yang bertuhankan politik, sudah tentu mereka akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak. Justeru keimanan dan ilmu yang diamanahkan Allah kepada para Mufti dan ulama JAKIM itu, maka mereka menyatakan bahawa amanat Hadi itu jelas bertentangan dengan Islam dan meminta Presiden PAS itu menarik balik amanat tersebut. Ijtihad mereka yang berpandukan Islam sebenar telah menyimpulkan bahawa amanat tersebut jelas memecah belahkan umat Islam di negara ini dan adalah tidak wajar untuk mengkafirkan saudara seagama hanya kerana mereka memiliki fahaman politik yang berbeza. Saya faham benar dengan cara para ulama itu beristinbat memandangkan saya mempunyai pertalian yang agak rapat di antara kalangan mereka yang terlibat. Sekiranya mereka tidak tahu, mereka akan jawab “tak tahu” dan sekiranya mereka arif maka mereka akan menyatakan pandangan berdasarkan ilmu serta fahaman berlandaskan Islam sebenar. Itulah bezanya ulama Islam dan “ulama politik”. Ulama Islam berfatwa tanpa sebarang kepentingan lain selain Islam, manakala “ulama politik” mengeluarkan fatwa dengan hanya berpandukan kepada kepentingan politik dengan mempergunakan hujah yang tertentu di dalam Islam. Sekiranya Hadi saja yang berpandangan bahawa UMNO itu kafir, berbanding majoriti ulama muktabar lain di negara ini yang berpandangan yang sebaliknya, maka sangat jelas kita dapat melihat kekhilafan itu terletak pada amanat Hadi itu. Justeru itu, apakah Idris begitu dungu untuk menilai perkara tersebut? Ya, mungkin dia sengaja menegakkan benang yang basah untuk mengampu Presidennya. Maklumlah, PRU ke-13 makin hampir dan dia pun mungkin teringin nak jadi calon, bukan? Agak mengecewakan bila PAS bersikap begini. Saya akur mereka punya keistimewaan tersendiri suatu ketika dahulu. Namun setelah Hadi mengambil alih PAS dari Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Fadhil Noor, PAS begitu hina sekali kedudukannya, terutama selepas mengabdikan diri kepada DAP dan PKR! Mungkinkah PAS akan begitu selamanya? Sumber: Perak Today [...]

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>