shadow

Pemain Sime Darby FC, Mohd Arif Ismail (kanan) cuba menghalang asakan pemain Johor, Andre Francisco De Silva dalam perlawanan malam kelmarin:-

PENGENDALI Sime Darby FC, Ismail Zakaria menyifatkan kejayaan pasukannya mengutip satu mata pada perlawanan menentang Johor di tempat lawan permulaan positif untuk saingan 2013.

Jelasnya, menentang Johor bukanlah pasukan mudah, namun pemainnya mampu melakukan tugas diberikan selain mempunyai beberapa peluang untuk melakar kemenangan pertama.

“Johor memang pasukan hebat, bermula dari tiupan wisel pertama pemain mereka begitu semangat memastikan kemenangan pertama apatah lagi beraksi di laman sendiri.

“Walaupun pemain saya melakukan kesilapan, mereka pantas menutup ruang dan kami berjaya membawa pulang satu mata berharga,” katanya.

Menyifatkan terlalu awal untuk membuat kesimpulan prestasi pemain yang diturunkan, Ismail mengakui terdapat beberapa kelemahan perlu segera diatasi menjelang perlawanan kedua di Stadium Selayang ketika melayan kunjungan Sabah, Jumaat nanti.

“Barisan pemain masih mencari persefahaman. Walaupun ada peningkatan namun belum menyeluruh.

Sikap menghormati pemain Johor dalam pertemuan tersebut masih ada dan mungkin ia sedikit menganggu persembahan,” katanya.

- SINAR HARIAN

Comments

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>