Jenayah

Kastam Selangor Patahkan Cubaan Seludup Mercun Bernilai RM323,941

PELABUHAN KLANG: Kastam Selangor mematahkan cubaan menyeludup dan mengedar mercun serta bunga api pelbagai jenis bernilai RM323,941.20 termasuk cukai dalam serbuan di dua buah rumah berasingan di Cheras Selasa.

Pengarahnya, Datuk Azis Yacub, berkata dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 petang itu, pasukan bahagian penguatkuasaan Kastam Selangor dalam operasi bersama Kementerian Dalam Negeri telah menjumpai 260 buah karton mercun dan bunga api di dua premis berkenaan yang terletak di Bandar Mahkota Cheras, Batu 9.

“Pemeriksaan turut dilakukan ke atas sebuah lori lima tan yang diletakkan di ruang letak kenderaan di hadapan salah sebuah rumah dan pihak kami mendapati lori itu bermuatan kotak-kotak berisi mercun serta bunga api pelbagai jenis,” katanya dalam sidang media di sini petang Rabu.

Azis berkata, hasil serbuan itu juga pihaknya telah menahan tiga lelaki tempatan berumur antara 25 hingga 45 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan atau memiliki barangan larangan.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, pihak yang terlibat boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan itu atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Mercun dan bunga api itu disyaki dibawa dari China dan dipercayai untuk dijual di pasaran Lembah Klang,” katanya.

Azis turut meminta orang awam yang mengetahui berlakunya aktiviti penyeludupan atau aktiviti yang bercanggah dengan Akta Kastam untuk tampil memberi maklumat melalui talian bebas tol 1-800-88-8855 atau menghubungi mana-mana pejabat Kastam berdekatan.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");