Published On: Thu, Jan 17th, 2013

Kejutan Bakal Berlaku Di DUN Pantai Remis: DS Zambry

Share This
Tags

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku kejutan di kerusi DUN Pantai Remis yang dikuasai DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Jelasnya, kerusi tradisi pembangkang yang disandang oleh Nga Kor Ming yang baru-baru ini dilaporkan terlibat dengan skandal tanah di Kelantan itu bakal memberi kejutan yang mungkin tidak diduga oleh sesiapa.

“Calon kita yang berpotensi telah bekerja begitu keras dan bukan satu kejutan sekiranya Pantai Remis dirampas semula oleh BN pada pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Lawatan Kerja di DUN Pengkalan Bharu yang bermula sejak jam 8 pagi.

Terdahulu, beliau menyampaikan notis 5A, bantuan sara hidup nelayan, dermasiswa dan pelancaran kiosk Amanjaya di Arena Square, Pengkalan Baru, dekat Beruas.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, kerja keras yang ditunjukkan oleh pemimpin BN di kawasan tersebut menyakinkan beliau tidak mustahil Parlimen Bruas dapat ditawan semula oleh BN.

“Saya percaya kita boleh meningkatkan undi majoriti di kawasan Pengkalan Bharu dan Bruas pada PRU-13 akan datang,” katanya.

Menjawab soalan mengenai calon yang diletakkan BN bagi kawasan Pantai Remis, Zambry berkata calon telah dikenalpasti dan kini sedang berada di lapangan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“Kita telah mengenalpasti calon atau siapa yang bakal bertanding di kerusi DUN Pantai Remis…cuma saya masih belum boleh mendedahkan identiti calon itu,” jelasnya.

Mengulas mengenai lawatan kerja di Bruas, beliau yakin respon yang ditunjukkan oleh masyarakat membuktikan BN masih menjadi pilihan rakyat.

“Saya gembira dengan perkembangan dan sokongan rakyat di Bruas berdasarkan bahasa tubuh yang ditunjukkan selain menzahirkannya melalui kata-kata,” katanya lagi.

About the Author

-

Comments

comments

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>