Perak Hari Ini

Memotong gaji pemain tidak berdisiplin bukanlah satu keputusan yang bijak-Raja Ahmad

Tindakan memotong gaji pemain yang tidak berdisiplin bukanlah satu keputusan yang bijak bagi mengembalikan prestasi mereka sebaliknya akan memberikan impak kepada pasukan yang sedang mengharungi mana-mana kejohanan.

Pengurusan persatuan bolasepak hendaklah memberikan lebih masa dan tumpuan kepada pemain dengan meluangkan masa yang lebih dengan pemain bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi walaupun pemain tersebut telah berkeluarga.

Bekas Pengurus Pasukan Bolasepak Perak (Pafa), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan persatuan bolasepak itu yang bercadang mengambil tindakan memotong gaji pemain yang tidak mengendahkan soal disiplin.

Perkara itu diluahkan pengurus pasukan musim ini, Khairul Azwan Datuk Harun ketika berucap kepada pasukan Kejor Yob Kejor dalam perhimpunan bulanan yang diadakan di Ipoh.

Khairul Azwan berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam hal-hal salah laku disiplin. Tindakan akan dikenakan mengikut perjanjian dalam kontak. Malah kita sudah mengambil tindakan memotong gaji seorang pemain kerana tidak hadir latihan tanpa sebab

Masalah disiplin pemain berlaku selepas pasukan kembali dari mengadakan beberapa perlawanan ujian di Bangkok.

Raja Ahmad berkata, Pafa tidak boleh sewenang-wenangnya memotong gaji pekerja kerana ianya menyalahi undang-undang buruh yang hanya membenarkan gaji dipotong sekiranya ada penggantungan kerja.

”Jalan terbaik ialah mendekati pekerja…untuk membentuk satu pasukan memerlukan persefahaman dan mengenali hati budi masing-masing…seperti apa yang saya lakukan sebelum ini.

”Pafa juga hendaklah memberikan peluang kepada pemain muda untuk beraksi di setiap perlawanan bagi memberikan pengalaman kepada mereka seperti apa yang dibuat sebelum ini dalam membentuk S. Saravanan, Indera Putra Mahayuddin dan Khalid Jamlus,”katanya.

Tegasnya, pasukan akan sempurna jika pengurusan dan pemain mempunyai sikap hormat menghormati antara satu sama lain dan memberikan ruang kepada pemain muda untuk menimba pengalaman di padang.-Dollah kloroq

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");