Published On: Fri, Jan 25th, 2013

Asheed (Def Gab C) Teruja Jadi Bapa Semula Selepas 7 Tahun

Share This
Tags

Vokalis kumpulan Def Gab C, Asheed melahirkan perasaan teruja untuk bergelar bapa semula selepas tujuh tahun tidak menimang cahaya mata.

Asheed atau nama sebenarnya Mohd Ashid Ahmad, 39, berkata, keseronokan itu kian dirasai memandangkan isterinya Hafiza Ramli, 24, yang dikahwini pada Jun 2012 sedang hamil lima bulan.

“Rasa seronok sangat sebab sudah lama tidak ada anak kecil. Anak lelaki saya hasil perkahwinan terdahulu sudah berumur tujuh tahun.

“Saya menduda selama tiga tahun setengah jadi apabila isteri baharu hamil lima bulan, perasaan seronok itu susah nak gambarkan,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Asheed bernikah dengan Hafiza yang merupakan seorang ahli perniagaan selepas tiga tahun setengah menduda.

Sebelum ini, Asheed pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Noor Shima dan bercerai pada 11 Jun 2009.

Mereka dikurniakan anak lelaki Megat Al-Dhamin Sufi yang kini berusia tujuh tahun.

Asheed berkata, dia kini lebih bersiap sedia menjelang kelahiran bayi itu pada Mei depan berbekalkan pengalaman lalu.

“Kali ini saya semakin berpengalaman dan buat persiapan yang lebih baik untuk bergelar bapa semula,” katanya.

Beralih pada kerjaya, penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Sakti itu berkata, dia mahu bergiat aktif semula dalam nyanyian selepas empat tahun berehat.

Katanya, 2013 menyaksikan permulaan yang baik apabila dapat mengeluarkan album khas berjudul Projek 3D (3 Duda: Dadidu) yang sudah dirancang sejak tiga tahun lalu bersama penyanyi Radhi (OAG) dan CD Naz (Silkhanaz).

“Sebelum ini, saya cuba menceburi bidang perniagaan tetapi jiwa dan keinginan untuk menyanyi tidak pernah hilang.

“Saya cuba membuat album bersama kumpulan baharu pada Julai 2012 tetapi kurang menjadi. Saya berharap album 3 Duda ini dapat diterima peminat,” katanya.

-mStar

About the Author

Comments

comments

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>