Kolumnis

PR, Sila Berhenti Mempolitikkan Orang Mati

PENULIS rasa sudah sampai masanya parti-parti pembangkang di negara ini berhenti mempolitikkan kematian orang, terutama dari kalangan orang India.

Kalau ada unsur-unsur jenayah, biar Mahkamah, Peguam Negara dan polis sendiri yang membuat siasatan dan keputusan. Tak puas hati, boleh bertekak di mahkamah.

Bermula 2007, pembangkang sudah galak mempolitikkan kematian orang, nak-nak pulak kalau yang terlibat itu orang India atau orang Cina.

Kalau Melayu yang mati cara sama India dan cina ini mati, tak pulak pembangkang ini berminat mempolitikkannya ke tahap tertinggi.

Sebut-sebut macam itu sajalah, lepas itu hilang ditiup angin.

Dengan orang India dengan Cina, cerita bertahun-tahun pun masih disebutnya lagi. Antara contoh A. Kugan dan Teoh Beng Hock.

Sekarang, ini kes S Sugumaran, pengawal keselamatan dengan sejarah sakit jiwa yang mengamuk sebelum ditahan polis tapi mati dalam semasa ditahan kerana sakit jantung.

Cara mati macam ini memang ibarat bulan jatuh ke riba bagi pembangkang. Inilah masanya untuk tunjuk hebat pun. Belum apa-apa, polis dah dituduh sebagai membunuh, macamlah dia hakim yang berhak jatuh hukuman sedemikian.

Walhal keterangan 3 saksi yang dikatakan nampak mangsa dipukul orang ramai itu samar, selain kredebilitinya boleh dipertikaikan kerana terdiri dari kenalan dan jiran mangsa.

Watak utama dalam hal-hal macam ini, berlingkar di kalangan 3 orang ini sahaja, Ahli parlimen Kapar, S Manickavasagam atau Mike, Lateefah Koya dan N Surendran, tiga-tiga dari parti yang sama, iaitu PKR. Dalam kes Teoh Beng Hock sahaja yang ada ramai terlibat sedikit sebab mendiang pembantu ADUN DAP dan DAP pulak ramai peguam-peguam yang turut cari makan dengan politik.

Apa semua ni?

Kerajaan, terutama Kementerian Dalam Negeri patut tegaslah sedikit. Jadi serba salah polis nak buat kerja. Macam kes mendiang ini, laporan awal polis mengatakan mendiang mengamuk dan memecahkan harta awam sebelum di tahan polis dengan bantuan orang ramai.

Siapa pembangkang untuk menolak laporan tersebut? Polis ada disitu, berbanding Surendran atau Lateefha Koya yang tidak berada disitu, sebaliknya buat kenyataan hanya berdasarkan cakap orang sahaja, siapa boleh sahkan cakap saksi-saksi tu semua?

Penulis dah muak tengok kejadian seumpama ini menimpa polis kita. Dalam masa yang sama, pembangkang juga yang sering menyalak bila kejadian jenayah tinggi, tapi bila ada kejadian seumpama ini berlaku, melibatkan India pulak tu, mereka juga yang menyalak paling kuat sekali.

Hairan juga penulis, di mana Surendran dan Latheefa Koya mendapat kelayakan menjadi peguam? Bagaimana mereka boleh menuduh polis jadi pembunuh tanpa melalui proses perundangan yang sebenarnya?

Pihak polis patut saman peguam 2 orang ini kerana membuat tuduhan demikian dan mengenakan tindakan undang-undang dengan cuba mencetuskan kekacauan perkauman, maklum sahajalah, sokongan orang India terhadap pembangkang makin merosot sekarang, itu yang dipolitikkan isu ini sehabis mungkin.

Rakyat lihat polis tidak tegas dalam menangani campur tangan politik seumpama ini. Memang niat pembangkang untuk jatuhkan kredebiliti polis kerana puak-puak ini banyak terlibat dengan kumpulan jenayah tertentu, bukan kita tidak tahu.

Menteri Dalam Negeri pun patut bertegas juga, bukan setakat bagi amaran tak habis-habis.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");