shadow

Biarpun majlis berlangsung di kawasan yang dikuasai oleh wakil rakyat pakatan pembangkang, ia ternyata bukan penghalang kepada kebanjiran ribuan warga kaum Tionghua untuk bersama-sama meraikan kehadiran Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor.

Bertempat di pekan Banting, Majlis Pesta Ang Pau sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2013 telah berlangsung malam tadi.

Umumnya diketahui, kerusi Parlimen Kuala Langat, DUN Sijangkang dan DUN Telok Datok adalah masing-masing dikuasai PKR, PAS dan DAP.

Namun apa yang dilihat sokongan kaum Tionghua yang memenuhi setiap ruang tempat sangat menakjubkan.

Datin Seri Paduka Rosmah muncul dengan mengenakan pakaian serba merah bersesuaian dengan tema perayaan sambutan Gong Xi F Cai.

Beliau disambut oleh Pengerusi Persatuan Peniaga Peniaga Cina, Pengerusi Persatuan Hokkien, Pengerusi Persatuan Hai Nam, Pengerusi Persatuan Hakka dan Pengerusi Persatuan Kwang Tung.

Dalam ucapannya, Rosmah telah menyampaikan salam Gong Xi Fa Cai bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berpesan agar rakyat terus mengekalkan keharmonian kerana kemakmuran yang kita kecapi ini membolehkan kemeriahan setiap perayaan di negara ini dirasai oleh seluruh rakyat.

“Semoga semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama bersatu hati bekerja keras mempertahankan kestabilan dan perpaduan negara kita agar pembangunan dikembangkan lagi dan sama sama berganding bahu membina masa depan yang jauh lebih baik,” katanya.

Rosmah melahirkan rasa gembira kerana walaupun arus pembangunan dan permodenan semakin jelas kelihatan, namun setiap masyarakat masih tetap mengekalkan amalan tradisi budaya dan adat resam masing masing.

Sebagai contoh, “Ang Pau” merupakan adat signifikan dalam sambutan Gong Xi Fa Cai dan beliau menyuarakan rasa bangga kerana pihak persatuan sudi menyampaikan Ang Pau serta sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan.

Menurut Rosmah, Ang Pau yang membawa maksud “Tuah Wang” yang diberikan sempena Gong Xi Facai ini akan dibalas dengan kemakmuran kepada mereka yang menghulurkan bantuan.

Rosmah mengakhiri ucapannya dengan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada ribuan hadirin dengan harapan semoga Tahun Ular akan memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua orang.

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Chap Goh Mei yang akan menjelang tiba dalam beberapa hari lagi.

Comments

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>