Membawang Hari Ini

Shah Iskandar cemburu?

Selepas berita perkahwinan merpati sejoli, Zain Saidin dan Rozita Che Wan tersebar luas, ada pihak dikatakan ‘makan hati’ dengan berita tersebut.

Pelakon Atas Nama Cinta, Shah Iskandar yang pernah digosipkan dengan Rozita dikatakan cuba melarikan diri dari bersemuka dengan aktres itu ketika sidang media yang berlangsung baru-baru ini.

Bagaimanapun aktor kelahiran Singapura itu menafikan dakwaan itu.

“Saya tak larikan diri, cuma saya ingin beralih tempat.

“Hubungan kami masih baik, begitu juga dengan Zain.

“Walaupun pernah rapat dengan Che Ta, saya tidak terkejut dengan berita ini,” kata Shah.

Malah, Shah turut mendoakan jodoh mereka berkekalan setelah sekian lama bercinta.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");