Kolumnis

Demo Bakar Gambar Najib, Anwar Tepuk Dahi, Kecewa

ANWAR dan rakan subahatnya yang didakwa oleh media asing terbabit dalam krisis Sulu yang sedang berlangsung, Nur Misuari cuba mencipta pembohongan, kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam serangan lanun Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Ramai percaya Anwar mengarahkan Misuari mengeluarkan kenyataan mengaitkan Najib kepada media Filipina setelah dia sendiri diasak hebat media Malaysia supaya memberi penjelasan kepada tuduhan tersebut yang disiarkan oleh Reuters dan Manila Post.

Kenyataan Misuari itu dan gambar-gambar lama Najib dengan kerabat diraja Sulu ini kemudiannya menjadi bahan kepada media pro pembangkang untuk menuduh penglibatan Najib walaupun Misuari dalam kenyataan yang dipetik dari media Filipina itu sekadar menyebutkan “dia mendengar”.

Tapi bila tercetus demonstrasi anti-Malaysia di depan kedutaan Negara di Filipina hari ini, dengan serta merta cubaan Anwar dan Misuari untuk mengaitkan Najib dengan insiden tersebut hancur dan punah sekelip mata.

Bukan setakat demonstrasi, gambar Najib dan Presiden Filipina, P’Noy juga turut dibakar.

Logiknya di situ, bagaimana orang yang dituduh bersubahat dengan serangan tersebut, dikecam dan gambarnya dibakar oleh orang Sulu sendiri?

Hal inilah yang buat Anwar kecewa. Baru sahaja pembohongannya nak hidup, dah dimatikan oleh orang Sulu Filipina, bukan orang Sulu Malaysia.

Pendek kata, strategi Anwar tak menjadi kerana dia terlalu berharap kepada Misuari sedangkan Misuari sendiri adalah orang yang tidak berapa ada kredebiliti dan boleh dipercayai.

Rakyat Malaysia patut tolak pembohongan Anwar yang ini.

Percayalah dengan yakin, tidak mungkin Najib mahu bersubahat dengan lanun Sulu ini untuk membunuh anggota keselamatan negara sendiri terutama pihak polis yang tidak pernah berehat menjaga keselamatan rakyat termasuk keselamatan beliau sendiri.

Hanya orang tidak cukup akal sahaja yang percaya pembabitan Najib.

Apatah lagi bila dilihat secara keseluruhan, orang yang paling beruntung kalau huru hara berlaku di Sabah dan darurat terpaksa diisytiharkan, pilihanraya ditangguhkan ialah Anwar, bukan Najib.

Sabah ada 25 kerusi Parlimen dan sekarang DAP hanya menguasai 1 di Kota Kinabalu.

Bakinya dikuasai sepenuhnya oleh BN (kecuali 2 kerusi di Beaufort dan Tuaran setelah ahli Parlimennya keluar BN untuk menyokong pembangkang.

Jadi, siapa yang lebih beruntung jika perkara ini berlaku? Fikir-fikirkanlah…

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");