Kolumnis

Antara Bini & Azmin, Anwar Pilih Azmin

PERBALAHAN terbuka antara Wan Azizah dan Azmin Ali ini bukan perkara baru. Sejak terbongkar rahsia bahawa Anwar ada hubungan seksual dengan Shamsidar Taharin, isteri si Azmin yang dibongkarkan oleh Datuk S Nallakarupan, hubungan kedua mereka yang baik dulu, kini sudah mulai renggang.

Sehingga terwujud dua kumpulan dalam PKR yang masing-masing diketuai oleh Wan Azizah dan Azmin.

Justeru, tidak hairan bila ada berita Wan Azizah cuba campur tangan dalam perancangan pilihanraya Azmin selaku Pengarah Pilihanraya Pusat PKR, semua mata terarah kepada Anwar untuk melihat tindakan yang seterusnya. Di kalangan orang PKR, mereka mahu lihat Anwar selesaikan masalah itu, sementara di mata penyokong BN/UMNO, kita mahu lihat siapa yang Anwar lebih sayang, Azmin atau Wan Azizah.

Akhirnya semalam, Anwar membuktikan bahawa dia lebih favor kepada Azmin dari Azizah dengan membuat pengumuman bahawa Azizah tidak akan bertanding di mana-mana kawasan dala pilihanraya kali ini, disebalik desas desus bahawa dia mungkin bertanding di salah satu kerusi DUN dalam negeri Selangor.

Kenyataan Anwar ini sebetulnya mengulangi kenyataan Azmin bulan lepas yang menyebut Wan Azizah tidak akan bertanding, tapi ia tercetus semula sebagai tanda tanya setelah Wan Azizah sendiri mengumumkan kesediaannya untuk bertanding dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula membayangkan Wan Azizah akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan dia yang mungkin akan hanya mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak sahaja.

Atau lebih tepat lagi, desas desus Wan Azizah akan bertanding di Selangor ini, bukan dimulakan oleh UMNO seperti mana ‘biasa’, tapi jelas disitu dimulakan oleh Wan Azizah dan Khalid Ibrahim sendiri. Kami tukang memeriahkan saja.

Hebat, wangi-wangi Wan Azizah pun, tak boleh nak ‘celen’ wangi Azmin (atau isterinya).

Orang nak interpret keadaan ini macam mana pun itu pandangan masing-masing. Tapi pada pandangan penulis, jelas pada kita semua siapa yang berkuasa dalam PKR sekarang. Maksud cakap tu, selain Anwar, siapa dia yang paling berpengaruh dalam PKR. Memanglah Azmin Pengarah Pilihanraya Pusat, tapi macam mana pun tetap dalam mana-mana organisasi, jawatan yang paling tinggi ialah Presiden Parti, bukan Pengarah Pilihanraya.

Tapi bila Anwar putuskan untuk lebih dengar cakap Azmin dari cakap Wan Azizah, masing-masing buat andaian masing-masinglah apa sebenarnya yang berlaku dalam parti anak beranak ini. Tidak hairanlah kenapa lebih separuh Ketua Cabang PKR tidak dipilih untuk menjadi calon dalam pilihanraya umum akan datang.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");