Published On: Sun, Apr 14th, 2013

Mat Taib Masuk PAS? Ibarat Ludah PAS Telan Semula

Share This
Tags

NAMA bekas Menteri Besar Selangor dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri Muhamad Mohamad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib ini kembali menjadi sebutan apabila beliau disebut-sebut akan menyertai PAS dalam jangka masa terdekat.

Sejak kalah dalam persaingan Timbalan Presiden UMNO pada 2008, nama Mat Taib tenggelam dalam arena politik negara.

Agak menghairankan juga kerana kemasukan Mat Taib ke dalam PAS, diumumkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din, tanpa pengetahuan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman yang kelihatan terkejut dengan berita tersebut.

Rani yang dihubungi media mengakui belum lagi menerima borang menyertai PAS dari Mat Taib dan seolah-olah tidak maklum dengan perkara tersebut.

Apa sekalipun, penyertaan Mat Taib ke dalam PAS adalah hak peribadinya sendiri, sesuai dengan amalan demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.

Dia pun ditolak dari UMNO dan sebarang cubaan untuk dia menyerlah kembali dalam politik UMNO seakan tidak mendapat sambutan dari ahli UMNO dan rakyat Selangor sendiri. Maka itu tidak salah untuk dia mencuba nasib dalam PAS juga, kot-kotlah boleh menyerlah balik.

Tapi tidak benarlah kalau nak mengatakan penyertaan Mat Taib ke dalam PAS ini nanti adalah satu ‘tamparan hebat’ kepada UMNO dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.

Mat Taib sememangnya tidak ada signifikasi dalam UMNO lagi dah sejak dia mengambil keputusan untuk bersara dari politik sebaik kalah dalam pemilihan 2008.

PAS nak kutip Mat Taib, itu PAS punya pasal, apa kaitan dengan UMNO dan Najib?

Memang kita pun tahu PAS kurang pemimpin sehingga perlu membawa masuk bekas pemimpin UMNO ke dalam parti tersebut walaupun pada satu ketika, itulah juga pemimpin yang hebat diserang kiri dan kanan oleh PAS.

Terutama apabila Mat Taib ditangkap di Brisbane, Australia kerana cuba membawa masuk wang berjumlah berjuta ringgit dalam pelbagai matawang asing pada 1997.

Lebih teruk dari itu, tindakan kelompok ulama diketuai Haron Din membawa Mat Taib masuk ke dalam PAS jelas kurang disenangi oleh pemimpin PAS dari kelompok Anwarinas dan Nik Aziz.

Dr. Rani adalah salah seorang pemimpin dalam kelompok Anwarinas yang jelas tidak senang dengan kehadiran Mat Taib kerana boleh menggugat kedudukannya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri.

PAS juga termasuk meneguk semula bergelen-gelen ludah yang mereka hamburkan kepada Mat Taib semasa berada dalam UMNO dulu, tapi ini bukan masalah kerana meludah dan menelannya kembali memang sudah jadi amalan PAS terutama sejak Anwar Ibrahim disingkirkan pada 1998.

Apapun, good luck PAS, good luck Mat Taib.

- PESONA IMPIAN

About the Author

-

Comments

comments

Displaying 5 Comments
Have Your Say
  1. wak lu says:

    Akhirnya blogger Umngok terkantoi pasal video palsu Mustafa Ali. Mari kita tengok beramai-ramai. Muahahahahaha…

    http://goo.gl/D9o9r

  2. 1kedah says:

    Salam tuan,
    Sepatutnya ucapan kepada PAS dan Mat Tyson bukanlah good luck, tapi good ‘lap’…yakni selamat mengelap ludah masing-masing.
    Tak lama lagi PAS mungkin akan tubuhkan satu sayap baharu yang dianggotai oleh bekas-bekas ahli UMNO…Mat Taib, Kadir Mamak, Tamrin…ohhh, what a joke!

  3. itu cuma ramalan… mat taib tu bekas cikgu arwah bape sy. seburuk-buruk dia , negeri selangor maju, islam pun maju bersama. Dia tetap bersama umno dulu dan selamanya. sy fikir dia da tak nak terlibat politik lg sb da tua sgt. letih bro.. tu yang dia tak pergi perjumpaan bekas-bekas yb umno.
    Kalau nk masuk pas tu.. rasa tidak.

  4. INDHARA says:

    dIA DAH INSAF…………. BUKAN LUDAH JILAT SEMULA… TUAN PUNYA BLOG, INSAFLAH….

  5. rambo says:

    Tuan punya blog…..insaf lah…..Mat taib masuk pas sangat bagus sebab sedar Pas itu benar….

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>