Isu Panas

Aishah sudah sedia lawan Isa di Jempol

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu, beliau memilih untuk bersama dalam dunia politik dan bersedia mengharungi apa jua keadaan.

“Kenapa saya nak undur diri, tiada sebab untuk saya tarik diri sedangkan saya baru sahaja diumumkan sebagai calon Pas di kawasan Parlimen tersebut.

“Saya sedia dari segi mental dan fizikal, malah sanggup mengharungi cabaran mendatang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tumpas pada PRU ini, sekali gus beri kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ceramah santai Pakatan Rakyat di Hotel Citykingdom, Taman AST, malam kelmarin.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yang akan menentangnya pada PRU ini, Wan Aishah berpendapat bahawa perkara tersebut tidak memeranjatkannya.

Katanya, pencalonan semula Mohd Isa di Jempol adalah sesuatu yang telah diramalkan pihaknya sejak dari awal dahulu.

“Saya hanya boleh cakap kita lihat sahaja, sama ada pengundi mahukan orang yang baru atau orang lama sebagai wakil rakyat mereka.

“Apa yang penting, saya akan lakukan yang terbaik dalam memastikan Parlimen Jempol jatuh ke tangan Pas,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");